NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Thursday, 30 May 2013

SEKOLAH BESTARI

Menjelang tahun 2020, sejajar dengan Wawasan 2020, Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri iaitu yang seimbang dari segi kemajuan ekonomi, politik, sosial, kerohanian serta kebudayaan. Untuk mencapai kemajuan dalam semua aspek ini, bidang pendidikan antara bidang yang perlu bertungkus lumus memajukan dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan modal insan. Modal insan yang cekap dilahirkan daripada pelajar-pelajar yang berkualiti berdasarkan medium pengajaran yang sesuai seperti penggunaan medium teknologi maklumat (IT) . Medium IT memerlukan kita berkemahiran dalam penggunaan komputer dan internet. Penggunaan komputer membantu guru-guru menyampaikan ilmu dan melaksanakan proses pembelajaran dengan cara yang lebih kreatif, mudah dan tidak membosankan. Penggunaan medium internet pula memudahkan pelajar mendapat ilmu dengan lebih luas dan tanpa sempadan biarpun mereka berada di ceruk kampung. Menurut Abd. Rahim (2005), globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya.

Oleh itu, pada tahun 1999, sejajar dengan peningkatan permintaan yang memerlukan penerapan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem pendidikan Sekolah Bestari. Dalam sistem pendidikan Sekolah Bestari, semua aspek dalam sekolah tersebut termasuklah aspek pentadbiran, pengurusan, membelajaran dan pengajaran kesemuanya berpandukan penggunaan ICT. Segala kemudahan dan kelengkapan diberikan kepada sekolah tersebut. Selain itu, melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pendidikan Malaysia turut melancarkan teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bermula pada masa itu juga, kemudahan dan kelengkapan seperti makmal komputer, peralatan komputer, projektor LCD dan internet diberikan secara berperingkat
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat ( Portal KPM, capaian 2013). Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT (btpnperlis,2011). Menurut edidik.com (2010), Sekolah Bestari adalah suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.



Terdapat beberapa ciri penting yang membezakan Sekolah Bestari dengan sekolah harian biasa. Antara ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut :-

  1.  Semua murid mampu dan dapat belajar.
  2. Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan.
  3. Iklim pembelajaran yang kondusif
  4. Penilaian berterusan
  5. Pentadbiran dan guru profesional
  6.  Sokongan ibubapa dan komuniti.


Konsep Sekolah Bestari

Seperti yang telah didefinisikan di dalam Kamus Dewan Edisi keempat, bestari adalah bermaksud segak, pintar, bijak, pantas serta berkelas tinggi. Oleh itu, sesuai dengan makna bestari, konsep Sekolah Bestari juga perlu memenuhi maksud bestari itu sendiri dengan cara menyediakan medium pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai. Beberapa usaha telah dilaksanakan bagi menjadikan sesebuah sekolah memenuhi konsep Sekolah Bestari. Antara usaha tesebut adalah, mengubah budaya P&P daripada tradisional kepada yang berteraskan ICT, Sistem pengurusan yang lebih profesional, mengamalkan sistem penaksiran dan penilaian secara berterusan dan holistik serta mencukupi keperluan teknologi multimedia sepesti prasarana ICT, makmal komputer, tenaga kepakaran dan tenaga kerja (Adenan, Mohd Ra’in, Tuan Jah, 2012)

Menurut PelanPembangunan Pendidikan Malaysia tersebut lagi, kementerian terus dengan matlamat untuk melayakkan semua sekolah mencapai taraf “Sekolah Bestari” iaitu mencapai standard minimum penggunaan ICT, keupayaan guru, kesediaan infrastruktur dan aplikasi ICT. Kementerian mengambil prinsip berikut sebagai panduan untuk membangunkan strategi ICTnya:

(i) Memastikan keperluan asas disediakan seperti peralatan, jaringan dan aplikasi ICT, kompetensi guru dalam ICT, serta kurikulum dan pentaksiran mesti dimantapkan sebelum beralih kepada penggunaan ICT yang lebih tekal dan inovatif;

(ii) Membangunkan strategi seterusnya daripada asas yang telah disediakan. Contohnya, Kementerian akan memastikan bahawa semua inisiatif ICT masa depan akan ditingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan 1BestariNet

(iii) Melabur dalam penyelesaian ICT untuk kumpulan berkeperluan khusus terutamanya di sekolah luar Bandar, sekolah kurang murid, dan murid pintar cerdas.

(iv) Bergantung pada pentaksiran berasaskan outcome. Pentaksiran ini bertujuan sebagai bukti bagi kejayaan program. Tindakan ini memerlukan penambahbaikan dalam set pengukuran sedia ada seperti Smart School Qualification Standard (SSQS), selaras dengan standard antarabangsa sedia ada

Sekolah Bestari diwujudkan bertujuan melahirkan pelajar yang holistik, berupaya berfikir secara bijak dan saksama (Adenan et al, 2012). Sekolah Bestari juga adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat. Oleh yang demikian, objektif Sekolah Bestari adalah seperti berikut :-

(i) Menjadikan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi

(ii) Membangunkan intelek rohani, emosi dan jasmani pelajar.

(iii) Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu.

(iv) Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

(v) Mendemokrasikan pendidikan.


Komponen teras pedagogi bestari adalah merangkumi teori pembelajaran, kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, strategi pengajaran dan jenis pembelajaran (Adenan et al, 2012). Elemen-elemen bestari yang perlu diintegrasikan sewaktu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah meliputi gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai kompetensi kecerdasan emosi, pendekatan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan kemahiran generik. Merancang Pengurusan Kurikulum yang berintegrasikan elemen bestari. Guru perlu mengenalpasti spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang akan diajar di sekolah. Perancangan dan penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk jangka panjang dan jangka Pendek adalah amat digalakkan supaya aktiviti yang dibuat lebih teratur. Perancangan yang lebih teratur akan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar secara kendiri, dan membolehkan guru melaksanakan peranan sebagai fasilitator. Antara elemen bestari yang perlu di ambil perhatian adalah kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran fasilitator.

Hasil tinjauan terhadap beberapa sekolah yang telah dipilih, kebanyakan guru menyokong konsep Sekolah Bestari. Ramai guru berpendapat, penggunaan ICT dalam proses P&P memudahkan kerja mereka terutamanya mencari maklumat pembelajaran melalui internet. Sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru. Secara ringkasnya, penggunaan ICT mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan dan meningkatkan motivasi guru dan pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri. Selain itu, ianya juga membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dan embolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Thursday, 16 May 2013

Selamat hari-hari

Assalamulaikum..

Tak ada benda nak cerita hari ini, cuma nak share 1 kad yang kawan aku tag kat facebook.

Geng karas aku. Kuntum, tag 1 kad hasil tanya tangkai.

aku tak perna cakap perkataan ni kat diorang.
Tapi sebenarnya aku rindu sangat kat diorang ( Kuntum, Tangkai dan Jering ).

Kegilaan kami.
kadang-kadang bermasam muka.
kadang-kadang gusi tak kering akibat tempias ketawa.


ini lah kad nya..

comel sangat


Selamat hari-hari juga kat kamu semua. 
semoga kita sama-sama capai kejayaan.

Friday, 12 April 2013

50 tahun usia bonda

Sudah 50 tahun usia bonda...


Pertama sekali kalau ucapan hari lahir ni,
mestilah ucapan "Selamat hari jadi" kan..

Hari ini 12 April 2013, gebablah usia mama yang ke 50 tahun.

ALHAMDULILLAH.

Di usia senja ini, dia masih kuat dan sihat. Walaupun mama ada sakit tekanan darah tinggi.
Ramai yang jeles juga aku ada mak yang macam tu. Baik dan cantik.
Dalam usia begini, rambutkan masih hitam berkilat.
Tidak beruban.
Selalu gaduh dengan mama. Sebab dia suka suruh aku cabut uban.
Tapi sebab susah nak cari, aku pun malas.
Aku memang anak yang pemalas.

Malam sebelum 12 april iaitu 11 april 2013, aku SMS cikgu aku.
Cikgu aku tu ada kedai kek bersama isterinya. Sedap sangat.
Jadi, aku ambil keputusan untuk menempah sebuah kek untuk mama.

Pagi-paginya (12 April 2013), kek sampai (abang ipar aku ambil dari kedai)

reaksi yang aku dapat dari mama aku cuma muka yang marah.

"kenapa beli kek!. buat malu saja tua-tua pun sambut hari jadi!".

kecil hati juga dengan balasan yang aku dapat. aku niat nak buat mama gembira.
Tak lama lepas tu, baba sampai dari pasar ikan.
Baba tarik tangan mama. Dia kata, "Jom tiup lilin"

Baru nampak senyuman di wajah mama.

Tapi aku dah kecik hati...

Tak lama lepas tu mama nak suap kek. Aku pun hairan kenapa dia nak suap kek.
Mesti kes nak pujuk lah tu.
Sebenarnya, aku tahu mama aku happy aku buat begitu.
Cuma dia dah pesan, jangan membazir duit.
Itu duit hasil upah orang suruh aku buat assignment.
Mesti mama kesian dengan aku. sebab itu dia buat-buat marah.

Itu lah seorang ibu. Dia sanggup tutup kegembiraan dia, demi untuk anak-anaknya.

Selamat hari lahir mak.

ini kek untuk mak yang ke 50 tahun.


Wednesday, 12 December 2012

Ubat Penangkal Bagi Isteri yang salah

Assalamualaikum Orang Bumi...


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah an-nisaa' ayat 34



Sering kita dengar di dada-dada akbar, di muka tv dan di hujung alwa telinga apabila berlaku pergaduhan besar, isteri dipukul, gantung tanpa tali dan sebagainya akibat kegagalan si isteri memuaskan hati suami. Ada juga kejadian itu berlaku akibat sikap buruk si suami itu sendiri. Namun, dalam hal ini, saya cuba menyentuh situasi bagaimana untuk menangani atau menangkal si isteri yang salah atau nusyuz.

Merujuk kepada Firman Allah dalam surah an-nisaa' ayat 34, jelaslah kepada kita bahawa, Allah menyuruh kita mengamalkan tiga tahap sebagai penangkat bagi isteri yang salah.

Tahap Pertama: Menasihati

Apabila seorang suami mendapati si isteri telah melakukan kesalahan atau kelalaian. Apa yang paling pentig adalah seorang suami perlu menasihatinya dengan cara yang lembut. Kadang-kadang, seorang isteri melakukan kesalahan mungkin hanya kerana si isteri sedang keliru atau terpengaruh dengan orang lain. Contohnya apabila si isteri keluar rumah tanpa izin suami, ianya mungkin berlaku apabila suami sibuk di luar, maka, ada jiran atau sanak saudara yang mengajaknya berhibur di luar. Seorang suami yang baik seharusnya bijak menasihati dan bertanya kenapa isterinya melakukan hal yang demikian. Keadaan nasihat menasihati seharusnya di kekalkan sejak dari awal perkahwinan dengan tutur kata yang lembut. Seorang wanita atau isteri mempunyai hati yang mudah tersentuh. Kata-kata yang lembut akan lebih menyedapkan hati nya dan kata-kata yang kasar akan mudah mengguris hatinya. Hati seorang isteri yang sentiasa terjaga dan terdidik akan lebih patuh pada suaminya.


Tahap Kedua : Menjarakkan atau Meninggalkan Tempat Tidur.

Jika sekiranya seorang isteri itu gagal untuk di nasihati, perkara kedua yang patut dilakukan oleh seorang suami itu adalah meninggalkan tempat tidur isterinya. Hal ini bermaksud, tidak tidur bersama isterinya seperti biasa. Hal ini untuk menyedarkan isterinya bahasa si suami sedang tidak berasa gembira dengan apa yang sedang berlaku. Seorang isteri juga lebih sensitif apabila suaminya tidak mahu tidur bersamanya. Maka si isteri pun mungkin akan mula memikirkan kesalahannya itu. Mudah-mudahan hatinya tersentuh dan kembali memujuk suaminya dengan mengubah perangai buruk nya.


Tahap Ketiga : Memukul Isteri

Islam adalah sebuah agama yang bencika kekerasan. Apatah lagi menyakiti wanita yang lemah. Namun, apabila seorang isteri sudah tidak boleh di nasihati atau di tegur dengan cara sebaiknya, maka seorang suami berhak untuk memukul isterinya. Namun, hak ini adalah masih berbatas kerana tujuan memukul isteri mestilah dengan niat bukannya untuk menyakiti isteri nya tetapi hanya untuk mendidik. Oleh itu, memukul isteri tidak boleh dilakukan sesuka hati apatah lagi sehingga mengundang kecederaan pada si isteri. Nabi Muhammad SAW amat tidak menyukai orang yang memukul isteri. Bahkan Baginda sendiri tidak perna memukul isteri. Oleh itu, tahap memukul di letakkan di akhir tahap untuk menegur seorang isteri kerana bukan semua perkara mampu di selesaikan dengan kekasaran.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Janganlah seorang dari kalian mencambuk istrinya seperti cambukan budak, kemudian ia menggaulinya di akhir hari. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Thursday, 8 November 2012

Oh Wanita Pengumpat..

Assalamualaikum dengan Semua...

Salam hari yang indah buat semua yang sedang berjalan enak di atas muka bumi.
Salam doa buat mereka yang sedang berjuang.
Mujahid ku, mujahid kita, mujahid kami, mujahid islam.
Juga kepada para ukhty yang sedang sama-sama menjadi menguat semangat.
Hari ini nak cerita sedikit mengenai kita. Maksud ku wanita (hawa).
Kerana aku adalah hawa..
Pada saat ketika kita telah mencapai usia 18 tahun.
Ini adalah pengalaman sendiri dan pemerhatian sekeliling..
Saat itu, kita mula melihat sekeliling.
Maklum sajalah, budak baru habis sekolah..
Cerita yang paling seronok adalah "Kahwin".
Kerana daripada 50 orang sahabat perempuan seangkatan dengan kita pada masa itu,
mungkin ada 3-5 orang yang berkahwin.
Ada yang sambung belajar ke Universiti, Matrik, Tingkatan Enam, IPTS atau Mahad tahfiz.
Mungkin hanya separuh yang sambung. Mungkin.
ada pula yang sebilangan kecil gagal menyambung, duduk saja di rumah.
Dan ada pula yang sudah mula mencari pekerjaan.
Itu lah kita... Bukan lagi sama seperti dulu. Memakai baju putih dan kain biru.
Hari ini, kita semua berjalan dengan cabang yang berbeza.
Begitu juga bagi sahabat kaum adam.
Jalan masing-masing berbeza.
Tapi persepi menjadi wanita yang dewasa itu berbeza dengan lelaki dewasa.
Kita akan di pandang dengan pandangan yang berbeza.
Mungkin ini hanya pandangan dari kelompok kecil.
Tapi cuba fikir, adakah sahabat hawa turut berasa begini?
Maksudku begini..
pada usia yang muda itu, apabila perempuan berkahwin awal, bukan semua kata ia bagus.
ada yang mengata kita gatal. Bila kahwin lambat, ada yang kata kita tak laku.
Bila minta hantaran murah, orang kata macam lelong diri.
dan bila letak hantaran mahal, orang akan kata menjual diri.

Siapa yang perna menemui situasi itu?.

Yang peliknya, wanita itu sendiri wujudkan situasi ini..

Makcik-makcik saja yang suka mengumpat pasal ini.
Kita sendiri yang suka wujudkan situasi ini. Bukan orang lain.
Pada saat kita muda remaja. Kita akan rasa kita menjadi mangsa.
Tapi sebenarnya, bila kita dan tua-tua, kita juga lah yang jadi pemangsa mengumpat orang.
Sampaikan sifat si pengumpat itu, di sinonim kan dengan wanita.
Adakah lagi 30 tahun, kita mahu tergolong dalam kelompok makcik pengumpat?.

Maka dari itu, seiring dengan kesedaran..
Kita, para wanita. Jika kita faham rasa di nilai dengan negatif..
Maka, kita janganlah menjadi seorang yang negatif, supaya bila tua,
anak-anak tidak terbiasa mendengar orang mengumpat.
oleh itu, secara beransur-ansur, budaya mengumpat ini hilang.
lebih baik kalau terus senyap.


cuba lah fikir positif,  

Monday, 5 November 2012

Selamat Hari Graduasi Buat Diri Sendiri.

4 November 2012 punya cerita..
Walaupun aku tak dapat konvo dengan kawan-kawan batch aku,
tapi tak kisahlah sebab alhamdulillah merasa juga berkonvo.
Cuaca yang asyik hujan menyukarkan kami bergambar.
Tapi ada jugalah sikit-sikit gambar yang diambil.
Kenangan untuk dikenang buat penghargaan kepada sebuah perjuangan.
Kakak dan abang ku tidak meneruskan pelajaran ke Menara Gading.
Jadi aku adalah anak yang pertama memberikan mak bapa kau Ijazah.
Walaupun aku tak dapat kelas 1, tapi ini tetap sebuah usaha.
Mungkin hanya ini yang mampu aku pegang. Lebih baik ada dari tiada.
Alhamdulillah...

Ini waktu baru try baju konvo dalam bilik. Test dulu..

Ini gambar yang kurang bersedia. Semua muka ketat. hahaha..

 Adik bongsu dan mama. Reaksi yang kurang pasti apa maknanya..

Adik bongsu aku yang over!!.. macam dia yang konvo.

Lagi adik aku... macam betul-betul dia yang konvo..
Aku doakan dia akan masuk universiti dan akan bawa
mak bapa aku konvo lagi sekali.
Kesian dia duduk sorang-sorang di ruang menunggu di luar dewan.
Sebab hanya dua tiket untuk seorang mahasiswa.

Adik aku lagi...

Barulah aku merasa bergambar dengan mak bapa lagi sekali.
adik aku baru pulangkan jubah setelah puas posing.
Senyuman mak bapa yang manis.

Mama tersenyum.. aku mama dan baba..

Aku dan mama... Mama dah kepenatan.


Walaupun yang konvonya aku. Tapi sebenarnya yang konvo tu mak bapak aku. Mereka berdua adalah manusia yang paling aku sayang dan aku kasihi selepas Nabi SAW. Bagi aku, dalam dunia ni tiada yang lebih penting selain mereka. Walaupun kadang-kadang aku suka membantah. Tapi bila aku sedang duduk dalam bilik, air mata aku jatuh sebab marah diri sendiri. Mereka memberikan segalanya yang aku mahu, tapi aku suka membantah pada sesuatu yang mereka tetapkan.
Kadang-kadang aku memberontak inginkan hak. Sebab bagi aku, aku sudah dewasa. Tapi bila aku kenang orang lain yang tiada ibu bapa, aku rasa bersyukur mereka masih bersama aku. Mereka adalah manusia yang tidak perna jemu menolak aku untuk terus ke depan walaupun aku malas untuk melangkah. Mereka menarik aku semula ke jalan bila aku sudah tersalah arah.
Mak dan baba.. terima kasih sebab melahirkan dan membesarkanku..

I Love My Parents

Friday, 2 November 2012

Aku yang tidak bertanggungjawab..

Tajuk itu jelas dan aku mengaku aku memang tidak bertanggungjawab.
Dugaan yang tak diundang atau penyakit yang dicari.
Aku betul-betul tak sangka itu orang bertindak sungguh 'profesional'
dengan meletakkan namaku di statusnya sebagai orang yang tidak bertanggungjawab.
Sebuah tanggungjawab yang dilepaskan terhadap aku.
Kemudian aku tak mampu selesaikan dengan cepat.
Pembetulan, 'dengan cepat' bukan tak buat langsung.
Sungguhlah membuatkan aku rasa tak tenang.
Aku masih buat kerja itu.
Aku sedang buat dan tarikh akhir hantar kerja lambat lagi.
Tapi belum pun nyata aku gagal bertanggungjawab, tapi..
dia sudah menaikkan nama aku sebagai orang tak bertanggungjawab.
Kalau aku senaraikan tanggungjawab yang kau tak selesaikan
berbanding tanggungjawab yang aku selesaikan,
rasanya kau masih perlu belajar makna tanggungjawab.
Aku hanya seorang cikgu ganti yang di tugaskan meneruskan kerja-kerja kau.
bukan seorang cikgu ganti yang mengambil tugas kau sebelum kau cuti.

Kan hari tu aku ada cerita aku kerja GURU GANTI,
ada perkara tak berapa best yang berlaku.
banyak perkara lah.. nama cikgu yang aku ganti tu cikgu rampus (bukan nama sebenar).
Cikgu rampus ni asalnya aku rasa di profesional.
Sebab dia senaraikan tugas yang tinggal tu lengkap.
Tapi bila aku tengok, rupanya tak lengkap pun.
Tapi aku tetap buat sebab aku rasa cikgu tu baik.
Orang baik-baik ni aku layan baik juga.
Sedang aku sibuk siapkan itu ini, rupanya dia burukkan nama aku.
Tak buat itu lah, tak buat ini lah...
dalam banyak-banyak dia cakap tu, aku mengaku aku tak siap RPH.
Tapi sebelum cuti aku dah siapkan.

Dia siap SMS lagi, katanya kalau 1 RPH tak siap, dia akan di denda RM200.
Padahal aku dah tanya pihak PPD tentang RPH,
Mereka kata, RPH yang kami  pegang
selepas dia (Cikgu asal) serahkan tugas kepada cikgu ganti,
Cikgu itu tidak kaitan dengan RPH dalam tempoh kerja kami dan
tanggungjawab tu adalah atas nama kami.

Tapi bila aku tak buat kerja-kerja yang dia (cikgu asal)  sepatutnya buat,
aku takkan ada masalah dengan PPD tapi dia yang kena.
Sebab tu kot dia yang gabrah semacam.

Aku tahu niat dia mahu takutkan aku, tapi aku buat biasa ja.
Mungkin dia anggap cikgu ganti ni bodoh sebab maklumlah bukan cikgu bertauliah.
Padahal kita sama saja, ada Ijazah. Bezanya lain kursus.
Bila aku jawab biasa-biasa saja, mungkin dia rasa aku tak takut.
Tengah-tengah malam pun dia SMS macam dia pengetua.
Sakit jugalah hati. tapi sebab aku rasa aku salah, layan sajalah.
Bila aku sudah siapkan, rupanya nama aku sudah buruk.
Buruk sebab SPBS. Ada kawan baik cikgu tu kata aku tak bertanggungjawab.
Siap tulis nama di Facebook.
Sungguhlah nampak di situ tahap profesional cikgu tu.
Tapi tak apa lah, sekurang-kurangnya sebelum habis tarikh akhir,
semua kerja selesai. Hasil pertolongan si AEN, Oli dan Meng.

Guru penolong kanan SMS aku,
Dia kata, dia dah nasihatkan cikgu-cikgu yang profesional tu.
kesian... patut panas betul dengan aku.
Kes menggunakan medan Facebook
burukkan nama orang perna berlaku di sekolah itu berbelum ini.
Kes tak puas hati, tapi waktu berdepan bercakap lembut.
Rupanya di facebook sudah rosak nama dia kerjakan.
kes sebelum ini melibatkan cikgu lain.
Tapi kini giliran aku pula yang rasa... Sedap oooo...

Aku sedang berusaha maafkan cikgu yang profesional tu.
Aku tak mahu benci-benci orang.
Cukup-cukup lah...
Pengalaman pahit untuk tahun ni..