NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Friday, 10 August 2012

Aku Jadi Guru Ganti

Tiada huraian yang panjang.
Hari ini aku akan memulakan tempoh tugasan yang baru.
Sebelum ni pegang macam-macam subjek.
Tapi hari ini aku pegang tugas yang baru.
Subjek Geografi untuk Tingkatan 1 dan 3.
Subjek Pengajian Perniagaan untuk Tingkatan Enam atas.
Guru Kelas Tingkatan 1 Progresif.

Harap-harap semua berjalan dengan baik.

Tuesday, 12 June 2012

Aku cari Sahabat ku

Assalamualaikum..

Aku masih mencari dia.

Sudah hampir 3 tahun cuba mencari.
Sahabat lama yang aku kira seperti sahabat baik
Nama dia Eina asal dari Kulim.
Aku perna beraya di rumahnya, tapi aku tak ingat alamat rumahnya
Satu hari telefon aku rosak.
Sim kad aku pun rosak kena air.
Aku beli sim baru tapi aku tak ingat nombor telefon dia.
Masa tu dia baru tukar nombor.
Aku cuma ingat nombor lama dia
Tapi dia dah tak guna nombor tu.
Sedihnya, kenapa takdir itu begitu.
Terpisah tiba-tiba.
Eina, kalau awak baca blog saya,
Boleh tak awak hubungi saya?

Rindu lah nak borak dengan awak..
Awak mesti ingat saya nak buang awak dari hidup saya.
Kita tetap kawan baik sampai bila-bila.
Ingat tak janji kita tu?.
Kita janji akan kawan sampai bila-bila.
Bukan sebab orang lain tapi sebab diri kita sendiri..

Friday, 11 May 2012

Aku dan kasut

Dulu, tak da lah dulu sangat. Dalam tahun 2011.
Ketika aku masih belajar. 
aku orang susah. tapi baba ku tak suruh aku buat pinjaman.
Cuma di akhir tahun pengajian aku buat pinjaman PTPTN.
Risau hutang yang tinggi. 
Jadi, bila cuti semester, kalau aku tak balik sabah, aku akan cari kerja sampingan.
Contoh kerja sebagai pembantu kedai atau jurujual untuk kumpul duit yuran dan duit belanja. 
Selebihnya Baba dan abang ku yang tambah. 
Perna 1 hari, cuti semester 2. masa tu hujung tahun. 
budak-budak sekolah bersama ayah diorang ramai yang pergi beli keperluan sekolah. 
kedai tempat aku kerja tu buat jualan barangan budak-budak skolah. 
Datanglah seorang pelanggan cari kasut sekolah untuk anak-anak dia. 
Jadi aku pun bantu la pakcik tu untuk cari saiz kasut anak-anak dia.
aku terlambat cari sebab stok baru sampai. 
Masih bertimbun. 
Mungkin pakcik tu malas tunggu. 
dia dengan nada mengejek kata kat anak-anak dia,

 "korang ni, ayah dah belikan kasut baru, belajar tinggi-tinggi. kalau tak, jadi lah macam akak ni (sambil mata tengok kat saya), kerja kat kedai saja"

Pakcik tu siap tanya gaji aku berapa. Sentap juga lah.
Tapi aku tetap senyum saja dan bagi kasut anak dia. 
Bila saiz dah ok, aku pun ulang balik kata-kata pakcik tu kat anak dia, 

"adik belajar baik-baik tau. jangan jadi macam akak". 

adik tu cuma senyum dan pegang tangan aku. 
Mungkin adik tu nak pujuk aku. 

Nak di jadikan cerita... tak sangka cerita ini boleh bersambung.
Allah jumpakan kan kami kembali. 
1 hari tu, aku ke kedai buku. 
nak beli buku dengan baucer buku yang di beri untuk semua pelajar IPT. 
Pakcik tu pun ada juga. Dia tak senyum pun pada aku. tapi aku tetap tegur dia, 

"eh, pakcik beli buku untuk anak2 ye"

Pakcik tu kata, 

"aku teman anak aku beli buku. tapi dia guna baucer. kerajaan kan bagi baucer buku untuk budak2 universiti, kau pula buat apa?".

aku pun tunjuk baucer yang aku ada. aku kata aku pun nak beli buku juga. 
Pakcik tu mula tanya,

 "eh, dari mana dapat baucer tu?"

aku pun cerita la, 

"Universiti saya bagi. saya baru ambik kat fakulti". 

aku bagitahu aku belaja kat mana. sekarang ambik ape. 
tetiba pakcik tu mula bercakap dengan muka senyum dan menggunakan kata ganti diri 'saya' dan 'kamu'.
Mentaliti orang sekeliling yang suka memandang rendah kat org. 
Tak kan nak letak kat baju, saya ada itu, saya ada ini, baru kita nak menjaga bahasa kita kan. 
Orang yg kerja kutip sampah tu pun kita tak tahu kesudahan hidup dia. 
mana tahu, dia la yg bakal jadi PM ke 7 atau mungkin anak dia bakal jadi PM ke 8. 
Maka belajar la menghormati org tanpa melihat apa yg dia miliki.

Janganlah Bongkak dengan kedudukan kita.

Wednesday, 18 April 2012

Sifat Lemah Lembut Bukan Hanya Untuk Hawa

Assalamualaikum dan Selamat Malam...


Bila sebut tentang sifat lemah lembut, ianya mesti sinonim dengan kaum hawa.
Kadang-kadang, sudah menjadi budaya dan kebiasaan kita,
jika anak perempuan mesti ada sifat lemah lembut.
Kalau anak lelaki, ibu ayah tak kisah biarpun cara bercakap macam tertelan mikrofon.
Biarkan anak lelaki duduk terkangkang, merempit atau bangun lewat hari.

"Tak pa, dia lelaki!"

Itulah komen si Ibu, bila si anak (gadis) merungut abangnya belum bangun.

Tapi sebenarnya, sifat lemah lembut sepatutnya perlu di miliki oleh semua orang.
Bukan kira jantina tapi ianya milik semua orang.
Dalam islam, sifat lemah lembut itu amat di tuntut.
Tidaklah sedikit pun jatuh maruah lelaki itu jika ia berlembut.
Contoh terbaik, nabi junjungan kita. Muhammad SAW...


Allah SWT berfirman:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An-Nahl: 125)


Allah SWT menyuruh kita berlemah lembut.
Jika kita tak puas hati dengan orang lain pun kita kena berbahas atau bantah
dengan cara yang baik.
Bukannya bila kita cakap lemah lembut tu kita akan nampak lemah,
Tapi di situ lah nampak bertapa baiknya akhlak kita.
Tapi kita ni, terutamanya lelaki, kalau cakap tak da tengking-tengking masa gaduh,
mesti terasa diri tak cukup jantan.
Padahal perangai gitu nampak sangat buruk nya.
Biarlah tak jantan asal tak nampak buruk.
Orang lain tengok pun kagum kalau kita mampu menjaga volume suara kita.
Kalau kita nasihatkan orang dengan suara yang rendah,
berhemah, penuh kelembutan, orang yang keras hati pun mungkin nak dengar nasihat kita.
Tapi kalau kita kasar-kasar, budak-budak pun lari.


Allah Ta’ala berfirman:


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ


“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Allah maha mengetahui, apa yang DIA suruh dan apa yang Dia arahkan
Mesti benar dan ada hikmahnya.
Nabi Muhammad pun galakkan kita untuk berlemah lembut.

Dari ‘Aisyah istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:


يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ


Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari no. 6024 dan Muslim no. 2165)

Dari ‘Aisyah istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau telah bersabda:


إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ

“Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim no. 2594)


Jadi,

Tidak kiralah kamu jantina apa.
Tanamkanlah sifat berlemah lembut.
Jagalah adab dalam pertuturan. 
Jangan sampai bila berselisih faham saja, mulalah bertelagah.



Friday, 10 February 2012

Selamat Tinggal UTHM

Selamat petang..

Saat ini aku sedang duduk di ruang makan KFC Senai Airport.
Sekejab lagi aku akan pulang Ke Sabah.
Mungkin untuk beberapa bulan
Atau mungkin sampai aku dapat kerja.
Aku melihat sekeliling...
Dahulunya, waktu saat pertama kali aku menjejak kaki ke bumi Johor,
ruang ini tidak ada.
Masih belum siap.
Dialek tempatan juga asing buatku.
Tapi pada saat ini, aku tidak terasa asing.
Sudah biasa dengan dialek Johor-Riau.
Walaupun aku masih mengekalkan kebakuanku dalam berbicara.

Jam9.10 PM. Johor-Kota kinabalu

Ada lebih kurang sejam lebih lagi aku di sini.
Aku mula merindui Johor.
Pelik!. ini bukan negeriku
Tapi aku mula menyayanginya.
Namun sabah tetap nombor satu bah!.
Maka dengan itu, aku pulang.
Pulang sebagai Mahasiswa.
Senai Airport ada WIFI free.
Jadi aku ambil kesempatan mencoret pada dinding blog.
Tadi jam 4 petang adalah masa terakhir untuk aku melihat UTHM.
Sebelum aku meneruskan perjalanan ke Johor Bahru, aku sempat ke Batu Pahat Mall.
Beli belah sikit dengan Shaza.
Masa itu lah aku nampak UTHM
Aku akan datang semula ke UTHM untuk menerima sijil waktu hari konvo nanti.

hmmm...

 Bateri laptop dah low.. itu saja cerita aku..

Selamat tinggal Johor.

Sunday, 1 January 2012

Selamat Tahun Yang Baru


Selamat tahun baru tahun 2012...

Tahun yang ku kira amat bermakna buatku.
Aku telah berjaya menamatkan  pengajianku di peringkat Ijazah.
Banyak yang berlaku sepanjang tahun 2011.
Suka duka hidup bersendirian.
Pertama kali jadi Pekerja walaupun setakat menjadi pelajar praktikal.
Kemudian, kerja sebagai jurujual di pasar raya.
Seronok!!
Terutamanya bila pertama kali pegang gaji sendiri.
Walaupun nilainya tidak banyak
8 jam kerja di bayar RM25.
Penatnya berdiri, susun barang, cuma dapat RM25.
Tapi nilainya yang 'cuma' itu sebenarnya berharga buat saya.
Masa itu lah saya rasa macam susahnya cari duit!!!
Kesian Baba. Kesian mama...
Kesian juga abang adi. abang ngah yang selalu kirimkan aku duit belanja.
Jadi, aku mula berjanji.
Akan mencari kerja yang tetap.
Bukan untuk membayar.
Kerana ku kira itu bukan hutang.
Tetapi untuk membalas, kerana itu budi.
Budi yang besar yang mana mungkin dapat ku bayar..

Selamat tahun yang baru..
Terima kasih untuk tahun yang lepas.. :)

Alhamdulillah, aku masih melihat tahun ini.

Thursday, 15 December 2011

SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembgaan Malaysia terbentuk berasaskan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Pada pilihanraya yang pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman dari Parti Perikatan telah di pilih sebagai perdana Menteri yang pertama. Ini kerana, beliau telah berjaya memenangi majoriti kerusi pada masa tersebut. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana, keperlbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak perlu dinilai dari segala aspek supaya dapat menubuhkan sebuah negara yang kuat. Suruhanjaya yang ditubuhkan itu telah diberi nama sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957 (MyPortal, 2011).

Pada tahun 1963, sebuh negara baru yang dikenali sebagai Malaysia telah berjaya di bentuk. Malaysia merupada gabungan 4 S iaitu, semenanjung (Tanah Melayu), Singapura, Sabah dan Sarawak. Setelah penubuhan Malaysia, perlembagaan Tanah Melayu terlah ditukar menjadi Perlembagaan malaysia. Laporan yang paling penting dalam sejarah perlembagaan Malaysia adalah hasil laporan daripada Suruhanjaya Reid.