Nafkah berasal dari perkataan arab yang bermaksud sesuatu yang dibelanjakan daripada wang atau yang senilai dengannya untuk mencukupi keperluan harian. Ibn Qudamah telah mendefinisikan Nafkah sebagai sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Sayyid Sabiq pula menambah bahawa pemberian suami untuk memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.
Hak nafkah yang wajib diberikan kepada keluarga boleh dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir ialah segala keperluan hidup, seperti tempat tinggal, makan dan pakai. Anggarannya adalah berdasarkan kepada kebiasaan satu-satu negeri dan zamannya. Juga berdasarkan kepada kemampuan suami, susah atau senang. Nafkah Batin merupakan keperluan dalaman rohani. Oleh itu, pemikiran masyarakat kini yang mengaitkan nafkah batin hanya sekadar mencukupi kepuasan dalam hubungan persetubuhan harus di kikis. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin (Robiatul Adawiyah, 2011)[2].
1.) Nafkah Suami Kepada Isteri
Seperti yang telah diterangkan, nafkah terbahagi kepada dua jenis iaitu nafkah zahir dan batin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban bagi para suami mencukupi kedua-dua nafkah tersebut kepada isterinya. Kewajiban untuk mencukupi keperluan nafkah tersebut telah dinyatakn dengan jelas di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 32 yang bermaksud;
“ Kaum lelaki itu adalh pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Dalam surah al-Baqarah, ayat 233 juga, Allah telah menekan kewajiban tersebut dalam firmanNya yang bermaksud :
“... Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.”
Begitu juga dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud:
“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.”
Oleh itu, dengan jelas telah dinyatakan akan kewajiban mencukupi nafkah isteri oleh suami. Walaubagaimanapun, isteri tidak boleh meminta sesuatu perkara secara berlebih-lebihan. Ini kerana, pembayaran nafkah oleh suami terhadap isterinya perlulah mempertimbangkan soal kemampuan suami. Suami juga harus menyediakan dan mencukupi nafkah dari sumber yang halal. Ini kerana, setiap apa yang di makan akan menjadi darah daging isteri dan anak-anak. Allah SWT memerintahkan kaum mukminin seperti yang diperintahkan ke atas Rasul dalam ayat 51 dalam Surah Al-Mukminuun yang bermaksud :
“...makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.”
Dalam ayat 172 Surah Al-Baqarah juga, Allah SWT berfirman Mafhumnya[3] :
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada kamu”.
Miftah Faridl (2004)[4] dalam bukunya yang bertajuk 150 Masalah Nikah dan Keluarga telah menyenaraikan isu suami yang tidak membayar nafkah sebagai masalah yang ke 69 daripada 150 masalah. Selain itu, beliau juga menyentuh masalah nafkah dalam masalah yang ke 71 apabila masa masa kini timbul masalah isteri yang terpaksa sibuk mencari nafkah manakala suami duduk diam di rumah. Menurut beliau, suami wajib menyediakan nafkah lahir (zahir) dan batin kepada isteri dan anak-anaknya. Kegagalan suami berbuat demikian dengan sengaja akan menyebabkan ia menjadi hutang dan setiap hutang harus di langsaikan. Hutang nafkah merupakan hutang suami yang wajib di lunasi (Muhammad Bagir, 2008)[5]. Hutang seperti itu, tidak dianggap gugur dengan kematian suami mahupun dengan cara penceraian sama seperti hutang-hutang yang lainnya (Muhammad Bagir, 2008). Hutang nafkah batin hendak di bayar dengan cara melakukan pembaikan diri, dan pembaikan sikap terhadap isteri sehingga isterinya sedia untuk memaafkannya dengan penuh ikhlas dan kesungguhan (Miftah Faridl, 2004). Manakala hutang nafkah zahir perlu dibayar dengan cara memberikan sesuatu pemberian berupa wang ringgit, pakaian, penjagaan kesihatan atau apa-apa juga bentuk pemberian yang bersesuaian (Miftah Faridl, 2004).[4]
Walaubagaimanapun, islam masih bertoleransi terhadap pembayaran nafkah berdasarkan firman Allah dan surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud;
” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)
Ini bermakna, sekiranya suami benar-benar tidak mampu, maka suami tersebut tidak berdosa ini kerana pembayaran nafkah adalah menurut kemampuan suami. Akan jatuh syarat wajib kepada suami untuk memberikan nafkah kepada isterinya apabila suami dan isteri telah bernikah, secara sah. Selain itu, isteri telah menyerahkan dirinya untuk suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’) dan isteri telah mengikut serta tinggal di tempat atau kediaman yang dipilih suami.
Sekiranya ketiga-tiga syarat tersebut tidak dipenuhi, suami berhak untuk tidak memberikan apa-apa juga jenis nafkah terhadap isterinya. Ini dapat dilihat dalam konteks perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Aisyah r.a. Selepas Rasulullah SAW telah menikahi Aisyah r.a secara sah, mereka tidak tinggal bersama sehingga Aisyah telah benar-benar bersedia dan baligh. Selepas lebih dua tahun tempoh perkahwinan dan Aisyah telah tinggal sebumbung dengan Baginda, barulah Baginda memberikan nafkah kepada Aisyah (Muhammad Bagir, 2008). Tidak ada mana-mana riwayat dari para ulama yang menyatakan Rasulullah membayar keseluruhan nafkah sepanjang dua tahun mereka tidak berkumpul bersama (Muhammad Bagir, 2008).
Pada masa kini, ramai wanita telah mempunyai kerjaya sendiri dan kebanyakan mereka telah berkerja dan mencari perdapatan sendiri sehingga ada diantara mereka yang tidak memerlukan duit suami. Walaubagiamanapun, suami masih wajib memberikan nafkah kepada isteri bekerja mengikut kemampuan dan keperluannya, bukan atas keinginan peribadi atau hawa nafsu. Kemampuan isteri untuk memenuhi keperluan dirinya sendiri tidak akan menjatuhkan atau melupuskan kewajiban suami untuk mencukupi nafkah zahir dan batin.
Nafkah Zahir Untuk Isteri
Nafkah zahir bagi isteri adalah meliputi pakaian, makanan, tempat tinggal dan lain-lain keperluan dalam kehidupan bersesuaian dengan kemampuan suami. Sekiranya suami tidak memberikan apa yang sepatutnya kepada isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu maka isteri berhak mengambil harta suami tanpa kebenaran suaminya berdasarkan hadith di bawah:
“dari Aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhari dan Muslim).
Menurut Imam an-Nawawi [8]bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
1. Makanan.
2. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
3. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
4. Pakaian.
5. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
6. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya
7. Tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461).
Dalam Surah al-Talaq ayat 6, Allah telah berfirman mafhumnya;
“tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6.
Ayat ini menunjukkan, menyediakan tempat tinggal isteri adalah merupakan sebahagian tanggungjawab suami. Sekiranya, si suami telah menceraikan isteri dalam keadaan hamil, si suami tetap bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal terhadap bekas isteri kerana wanita tersebut sedangkan mengandungkan zuriatnya.
Nafkah Batin untuk Isteri
“..isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)
Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan.
Walaubagaimanapun isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab-sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.
Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata-mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin, selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin.
Kadar Nafkah Yang Wajib Diberikan Kepada Isteri
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hal ini, para ulama bersepakat bahawa penentuan jumlah nafkah yang wajib diberikan kepada isteri adalah bergantung kepada kemampuan suami dan bukannya berdasarkan status isteri sama ada dari keluarga berada mahupun keluarga sederhana( Muhammad Bagir, 2008). Sesetengah ulama pula berpendapat bahawa kadar minimum nafkah yang patut diberikan kepada isteri adalah keperluan makan setiap hari, namun keperluan isteri sepatutnya mengikut keadaan semasa (Muhammad Bagir, 2008). Ini bermakna, mencukupi keperluan isteri seperti makanan, pakaian dan kediaman haruslah sesuai dengan peredaran zaman, keadaan kawasan kediaman dan kemampuan isteri. Contohnya, apabila berpindah ke negeri lain dalam cuaca berbeza, suami sepatutnya menyediakan keadaan yang selesa untuk isteri sekiranya suami mampu.
Nafkah Bapa Kepada Anak-Anaknya
Allah SWT berfirman; “.. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut” (QS al-Baqarah (2):233).
Ayat di atas menunjukkan dengan jelas kewajiban seorang bapa memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Seorang bapa wajib memberikan nafkah kepada anaknya sekiranya anak-anaknya masing kecil dan tidak mampu mencari nafkah sendiri atas sebab-sebab yang tidak disengajakan seperti sakit dan cacat. Sekiranya seorang anak telah baligh, berakal dan mempunyai keupayaan untuk berkerja, maka tanggung bapa untuk memberikan nafkah telah selesai. Seorang bapa tetap wajib memberikan nafkah kepada anak selama mana anak-anaknya masih tidak mampu menyara diri sendiri walaupun dia telah bercerai dengan ibu kepada anak-anaknya.
Di tuturkan dari abu Hurairah r.a berkata ( bahawasanya) Rasululluah bersabda:
“satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk memerdekakan budak satu dinar yang engkau berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu”.
(hadith riwayat Muslim)
Di tuturkan dari Ummu Salamah r.a (yang) berkata, “(Suatu Saat) saya bertanya (Kepada Rasulullah SAW), “Wahai Rasulullah, apakah saya mendapat pahala apabila saya memberikan nafkah kepada putra-putra Abu Salamah, karena saya tidak bisa membiarkan mereka begini dan begitu. Sesungguhnya mereka pun anak-anak saya”. Jawab Baginda, “ Ya, engkau mendapat pahala terhadap apa yang engkau nafkahkan kepada mereka.”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekiranya seorang anak telah baligh dan mempunyai kemampuan untuk berkerja tetapi anak tersebut masih belajar, seorang bapa bertanggungjawab untuk menanggung keperluan anaknya untuk belajar. Ini kerana, memberikan pendidikan sebagai persiapan menjadi umat berilmu untuk dunia dan akhirat merupakan sebahagian daripada nafkah seorang bapa kepada anaknya. Pakaian yang bersih, kediaman yang selesa, penjagaan kesihatan dan makanan yang mencukupi berdasarkan kemampuan merupakan keperluan nafkah yang sepatutnya dipenuhi oleh seorang ayah kepada anaknya.