NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Wednesday 1 December 2010

Final Datang lagi...

Marathon ke dewan keramat F2 datang lagi.
Maknanya musim peperiksaan akan atau telah bermula.
Ucapan-ucapan selamat mula bertubi-tubi mengisi ruang FB, inbox dan SMS.
Dengan harapan semua selamat menjawab walaupun yang mengucap tu
belum tentu selamat. Jiwa mungkin selamat. Tapi fikiran melayang-layang.
Teringat azam awal tahun yang lepas.
Azam aku, mereka dan kami.
Bila melihat result yang hanya cukup-cukup makan,
tangan di kepal dan berjanji, "aku akan belajar betul-betul".
Tapi itu semua hanya hanya yang hangat-hangat tahi hidung.
Di gentel-gentel lalu di lestik.
toiiinnnnnnggggg.... hilang di bawah angin.
Contoh yang agak jijik
Tapi seperti itu lah azam awal semester yang lepas.
Sudah entah di mana itu azam.

Awal semester... bagus....
suku semester... sederhana bagus...
tengah semester... Aduiiiii malas nya pergi kelas!!!..

Kuntum sering ketawakan aku..
Sanggup bangun tengah malam, siap set alarm untuk bangun.
Tapi bukan untuk membelek buku.
Tapi untuk menuai hasil tanaman di Frontier Ville..
Bahagia.
Di mana Azam?.
Usah di kenang di mana dia. Tapi besok aku akan bersua F2.

Selamat berjaya kawan-kawan.
Sem depan kita mulakan azam baru k.

Wednesday 10 November 2010

Rukun Islam



Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Thursday 21 October 2010

Bila Rm1 bertemu Rm50



Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya dapat daripada email salah seorang sahabat. Saya kira tulisan ini diolah dengan kreatif dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. Mesej dalam tulisan ini wajar untuk kita fikir dan beri perhatian. Begini kisahnya ;


Duit seringgit (RM1) telah bertemu dengan lima puluh ringgit (RM50).



Duit seringgit bertanya:



“Oit brader, lama tak nampak, mana ko pergi?”



Lima puluh menjawab:



” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol…dan tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”



Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk :



“Hmm..biasa lah…Balik-balik tempat yg sama………’SURAU…., MASJID……., SURAU………”



Apa mesej yang anda dapat setelah membaca kisah ini??





Maka fikir2kanlah dan buatlah tindakan yang sepatutnya.

Saturday 2 October 2010

Kerana Pakcik Motor.

Salam Hari yang Indah.

Assalamualaikum..

Pengalaman hari ini cukup untuk membuatkan jantungku terbang.
Walaupun sebenarnya aksi yang berlaku tidaklah terlalu cukup hebat.
Tapi kerana aku adalahnya orang yang cepat terkejut,
Maka aku pun terkejutlah kan..
Apakah nasib pada hari ini..
Kisahnya begini...

Oleh kerana kerinduan yang melampau terhadap kampung.
Kampung yang kerap di pukul ombak,
aku pun bagitahu tangkai tentang kerinduan ku itu.
Tak sangka dia bagitau si puteh.
Diorang pun sewa kereta dan bercadang pergi tengok laut
Tangkai pun sebenarnya rindu juga dengan Bintulu.
Tapi dia kan suka bajet cool. menapuk perasaan dibalik muka yang tak berperasaan.
Petang itu, kami riang gembira berempat.
Macam biasalah, mana-mana pun kami akan jalan berempat.
Kuntum, tangkai dan di puteh.
Dalam keadaan yang santai memandu, memasuki lorong senggarang.
hampir melalui rengit, kami masih di dalam kereta.
Si Puteh jadi pemandu, sambil dengar dia menyanyi.
Tiba-tiba diputeh break mengejut, semua terdorang ke depan.
hentaman kuat tiba-tiba di rasa dibelakang kereta.
Kereta belakang telah menghentam sedikit kereta kami.
Bukan kereta kami lah.. kereta sewa sajerrr...hehehe..
Kami tengok di hadapan,
seorang pakcik dengan tidak bersalah meninggalkan kami
bersama motor kapcai nya.
SERIUS... muka pakcik tu memang nampak tak bersalah.
Seolah-olah hanya meliat anak ayam di langgar lori.
Tergelak pula bayang muka pakcik tu.
Kami pun keluar dari kereta dengan muka tak tahu apa perasaannya.
Orang kereta belakang pun keluar juga.
Muka macam nak gaduh..
Tapi sebenarnya salam-salam jer..
Maaf sebab break mengejut.
Tapi diorang tak marah pun.
Sebab rupanya diorang pun nampak yang pakcik tadi tiba-tiba membelok masuk simpang di jalan bertentangan.
Dah lah pakcik tu tak pakai helmet.
Kalau kami tak elak, entah apa jadi dengan pakcik tu.
Dah lah tu, terus masuk simpang rumah dia.
dia biarkan kami macam tu saja.
Tengok belakang kereta macam okey je
cuma flat nombor retak
Tapi pegang macam okey lagi..
kami meneruskan perjalanan ke pantai..
Merasakan angin...
duduk-duduk kat batu...
hmmmmmmm
terasa sedikit rindu terbang bersama angin..
Tapi bila tengok belakang kereta...
dub dap... Flat dah tanggal...
Habislah kena ganti...
Tapi sebelum balik tu, sempat juga makan kerang bakar.
Alhamdulillah, bila kami terangkan apa yang berlaku,
Orang yag sewa kan kereta tak minta ganti.
lagipun itu kawan di puteh..
sedap sikit hati.
Maklumlah, kot-kot ada calar balar, dia suruh ganti,
Aku dah lah tak berduit.
Makan megi lah nampaknya.
Tapi semua di mudahkan.. cuma yang tak mudahnya..
Aku dah mula takut nak bawa kereta...

Thursday 15 July 2010

Iklan Cari Jodoh

Buat Mereka yang ingin mencari suami yang bekerja sebagai Doktor


Saturday 1 May 2010

Online di Airport

Cuti Untuk Semester ke-4.

Aku sedang duduk di ruangkan menunggu untuk penerbangan balik ke Sabah.
Macam biasalah, bila balik mula teruja.
Hari ini ambil penerbangan malam.

Duduklah bersendirian sambil buat-buat berteman.
Itu namanya kesewelan.

Semoga selamat sampai. Terima Kasih TM untuk Wireless Free.

Wednesday 10 March 2010

Rukun solat


13 Rukun solat yang adik-adik patut tahu dan ingat!

  1. Berdiri betul (ikut kemampuan, kalau tak mampu berdiri, cuba duduk atau baring)
  2. Niat 
  3. Takbiratul Ihram  
  4. Al Fatihah..
  5. Rukuk 
  6. Iktidal
  7. Sujud 
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk Tahaiyat Akhir 
  10. Membaca Tahaiyat Akhir 
  11. Membaca Selawat
  12. Bagi Salam
  13. Tertib 

Saturday 27 February 2010

Semalam Hari Berjalan Sedunia Part 11

Sambungan dari Semalam Hari Berjalan Sedunia Part 1

Sambung cerita tadi...

Kami mulakan jalan dengan menyeberang jalan mengikut laluan berjalan kaki yang betul.
Waktu itu Jering dah macam marah-marah. Dia jalan di jalan sebelah. Kami bertiga panggil-panggil dia, suruh seberang jalan. Tapi dia buat tak tahu ja. Waktu lalu gerai yang tempat kami makan tadi, kami tahan malu ja, rasa macam diorang tengok kami ja. Mungkin perasaan kami ja. Maklumlah, kejadahnya perempuan jalan kaki jam 11 malam. Macam pelarian sungguh.

 Hampir dekat ke UTHM, Jering seberang jalan, dia mula jalan bersama kami. Mungkin hatinya sudah sejuk. Adakah aku dan Kuntum pembawa malang kepada dia?. diriku bertanya dalam hati. hahaha..

Kami berjalan dalam keletihan. Tapi untuk hilangkan perasaan letih, kami bergurau dan ketawa macam orang mabuk tapai. Mabuk tapai ja lah, sebab jalan masih lurus. Belum sampai tahap tiger lagi. Tiap kali ada banyak kereta lalu, kami cover buat-buat macam rumah dah dekat. Ada jugalah malaun-malaun yang usha dari kereta. Takat usha ja buat apa kalau tak tumpangkan. Tapi kami 4 orang, 'besar' lagi, mana muat nak tumpangkan.


Sesuatu yang memalukan terjadi. Kami sudah berjalan lebih setengah jam dan telah betul-betul di hadapan simpang ke UTHM. Depan simpang tu ada Traffic light, tiba-tiba lampu merah. Kereta pun berhenti. Panjang. Kami mula di serang perasaan tebal muka. Terasa seperti retis yang sedang catwalk sebab menjadi perhatian. Bayangkan jam hampir 12 malam, dalam 11.40 macam tu sedang berjalan kaki. Muka pula memang masing-masing macam zombie. Sebiji macam orang yang baru dihalau dari rumah, masing-masing sandang beg besar. Malu-malu ja jalan.. Panjang pula tu barisan kereta. Semua jalan macam kaku ke depan. Tangkai dengan kuntum tolak-tolak masing-masing tak mahu jalan dekat dengan jalan. Boleh ketawa balik bila ingat. Bajet tunggu bas konon. Siap yakin lagi ada bas.

Muka Stim nampak Perwira (Kolej Kediaman)

Mujur siksaan lampu trafik berakhir.. Kami sampai depan perwira tepat 11.59. Lagi seminit jam 12.00 tengah malam. Kalau ikut peraturan Kolej Perwira, siapa yang keluar atau masuk selepas jam 12.00 tengah malam akan di denda. Nasib baik sempat sampai. Tapi Kalau sampai lewat sikit pun, kami geng dengan pakcik dan makcik guard. Kami anggap diorang macam pakcik dan makcik kami. cik Salamah, cik Isa, cik Zack, abg botak, kakak sorang lagi dengan pakcik sorang lagi aku tak tahu nama diorang. Paling kami rapat sekali Cik Salamah. Makcik paling rock.

Maka, kerana itulah hari ini kami berempat jalan dengan kaki bergetar sikit...

Pengalaman perit tapi akan kami kenang. Kalau pun bukan 'kami' tapi aku pasti kenang. Dramatis.




Kolej kediaman Perwira

Semalam Hari Berjalan Sedunia Part 1

Pagi ini kaki terasa kebas. Macam ada skru yang longgar.
Semalam aku, Corry (Tangkai), Oney (Kuntum) dan Dewi (Jering),
ikut Marathon anjuran diri sendiri.
Sendiri anjur sendiri ikut.
Kisahnya bermula pada petang 25 Februari 2010.

25 Februari 2010

Jering perlu menyiapkan tugasannya mengenai Kampung Melayu di Melaka untuk Subjek Hubungan Etnik. Jadi, dia mengajak Tangkai untuk menemani dia. Dia tak ajak aku dan Kuntum pun. Tapi Tangkai ajak kami berdua untuk bercuti ke Melaka. Sebab Tangkai bosan kalau dia terpaksa jalan sorang-sorang kalau Jering sedang sibuk temuramah Pakcik yang jaga Kampung tu. Aku tahu Jering macam tak suka kami ikut, tapi aku dan Kuntum terima ajakan Tangkai untuk jalan-jalan di Melaka. Kebetulan hari Jumaat tu tak ada kelas. Jadi Tangkai mencadangkan kami bertolak ke Melaka petang lepas kelas masing-masing selesai. Jadi kami akan bermalam di Melaka. Waktu kat kelas kami memang dah siap bawa beg baju masing-masing. Tapi malangnya, tiket bas ke Melaka untuk petang tu habis. Jadi kami beli tiket awal pagi hari Jumaat (besoknya). Lepas dapat tiket, kami pun berjalan kaki ke Summit. Makan-makan, lepas tu naik bas ke BP Mall tengok wayang. Gaya macam tak pandai penat ja. Selepas puas berpoya-poya, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Bilik Kuntum. Kuntum tinggal di Taman Universiti. Banyak katil kosong. Lagi pun lebih mudah bermalam di situ, jalan keluar ke Jalan Utama senang dan dekat. Masa berehat dan tidur. Tapi tidurnya tak tidur sangat. Bilik Kuntuman macam Sauna!. Berpeluh satu badan. Ngantuk!.

26 Februari 2010

Awal pagi lagi kami bangun dan bersiap untuk ke Batu Pahat Bus Station. Tiket kami jam8.30 AM. Jam7 AM kami dah naik Johore Motor. Campur sesak dan berhenti-henti (nama pun bas henti-henti), dengan tambang RM2.10, kami sampai ke stesyen bas kira-kira jam 8 AM. Kami gunakan masa 30 minit yang ada untuk bersarapan. Sempat lah juga belasah Nasi Goreng Ayam. Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira dua jam dan kami berhenti di Melaka Sentral. Di Melaka Sentral, kami menaiki Teksi ke Kampung Morten. Kampung Morten adalah perkampungan Melayu di Melaka yang diikhtifaf sebagai Kampung Warisan. Sebelum sampai di sana, sempat juga lah sesat sebelum nampak bumbung Rumah Pakcik yang Jering nak temuramah. Tapi Jering ni bagus sebab rajin bertanya jalan. Akhirnya kami jumpa tempatnya. Jering menyudahkan kerjanya dan selepas itu kami bersiar-siar (bajet macam pelancong) di kawasan perkampungan itu. Agak menarik dan cantik. Kita masih mampu merasai keadaan kampung melayu. Selepas semua tujuan utama selesai, kami pun cari tempat makan dengan hanya berjalan kaki. Sempat juga minum cendol di gerai kawasan tu, sambil tanya-tanya orang situ lah macam mana nak ke bandar, mana tempat makannya, mana suraunya.
Puas berjalan kaki dan dah jumpa bandar, melantak, membuang segala sisa cecair dan pepejal, solat dan perkara-perkara penting, hari pun sudah hampir petang. Oleh sebab besok sabtu, Tangkai bagi cadangan kami bermalam di Melaka. Aku dan Kuntum okey jerrr... tapi Jering agak keberatan. Mungkin kerjanya masih banyak belum selesai. Jadi kami pun ambil keputusan pulang ke Parit Raja. Macam biasalah, naik teksi ke Melaka Sentral, lepas tu beli tiket bas ke Batu Pahat. Mujur kami dapat tiket petang. Tapi tiket tu agak lewat. Jam 6.00 Petang. Target kami jam 8 malam sampai Batu Pahat, lepas tu ada hati pergi tengok wayang lagi. Badan memang letih gila masa tu. Masing-masing membuta dalam Bas.
Sedar-sedar dah nak sampai Batu Pahat. Badan memang melekit lah sebab bas tu ekon tak kuat. Masing-masing terkejut tengok jam yang hampir 8.30 malam. Jadi nafsu mewayang di abaikan. Kami cepat-cepat turun dan terus naik Johore Motor. Bas 8.30 Malam. Kalau terlepas kena tunggu jam 9.00 malam baru ada bas. Sadis dengan perut yang lapar. Oleh sebab penat yang amat, kami bertiga ambil keputusan balik rumah Kuntum. Sebab nak masuk perwira jauh derrr...!!! Sudahlah dalam bas penuh, kami terpaksa berdiri. Penat, lapar, ngantuk, badan melekit.
Sampai Taman Universiti, kami menyeberang jalan menuju ke gerai makan. Mujur gerai makan dekat. Kami pun melantak dan minum melepaskan penat. Sesuatu yang malang berlaku lagi. Tangkai minta Ais Kosong (air sejuk berais), aku minta air sirap. Tapi Ais kosong tangkai manis, sirap aku takda gula. Elok sangat lah tu. Aku bangun angkat air, pi minta gula. Makan punya makan, dah dekat jam 10.00 Malam. Kami pun cepat-cepat balik bilik Kuntum. Semangat nak mandi. Tapi Malang lagi bila rupanya sejak tengah hari Taman U takda air!. Sungguh ohsem ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang... memang bahagia!. Dengan panasnya lagi. Sangat tak tahan. Jadi!, Tangkai dan Jering ambil keputusan nak balik Kolej Perwira malam tu. Aku macam biasa, ikut saja. Sama-sama pun penat. Kuntum pun nak ikut. Sebab tak tahan nak mandi.
Jam dah hampir 10 malam, masing-masing berharap teksi atau bas lalu. Kuntum kata, selalunya ada bas sampai 10.30 kalau hari sabtu dan ahad. Jadi kami pun dengan semangatnya tunggu bas. Tapi Kuntum kata, bas jarang berhenti depan ni, kena tunggu di Bus Stop. Kami pun jalan kaki ke Bus stop. Jauh kot Bus Stop dari simpang!. Aku agak 200 Meter atau 150 meter ada kot. Jauh ke atas okey, bukan ke bawah. Maksud aku ke arah Batu Pahat. Tunggu setengah jam takda teksi atau Bas yang lalu. Tunggu lagi... Betul jam 10.30 ada bas lalu. Tapi puas kami tahan tapi tak berhenti. Kosong saja dalam nya. Maka usahlah berharap kepada bas lagi. Berharap pula pada teksi. Jam sudah hampir jam 11 malam. Tapi tidak ada satu teksi pun yang lalu. Hampa. Jering sudah mula masam muka. Dia kata nak jalan kaki.
Kami bertiga sudah berpandangan. Kami tiada pilihan lain. Kami perlu jalan kaki balik ke perwira. Atau tidur dengan badan berbau dan pundi kencing yang hampir penuh. Aku mula mengira jarak.
Tadi jalan hampir 200 meter ke bus stop, lepas ke kena jalan lagi 200 meter ke simpang Taman U semula. Taman U dengan UTHM dalam 1.5 KM, UTHM ke Simpang Kolej perwira dalam 1 KM, Simpang Perwira ke Kolej Perwira dalam 500 meter. Semuanya 3KM 400 Meter. Kalau kira Meter 3400 Meter. Gluppp... Itu kiraan kasar.Mungkin lebih dari itu, mungkin kurang. Kalau naik kereta 5 minit ja Perwira-Taman U. Tapi kami jalan kaki!!. Belum tambah jalan kaki kat melaka.
Bagaimana perjalanan kami.... kaki melangkah bermula dari jam 11 malam...

Sambung Part 11 kejap lagi. Kuntum dan Tangkai ajak tapau nasi..

Thursday 21 January 2010

Tibanya menapak ke Bumi Kenyalang

Dengan senyuman aku menaip...

Salam hari yang indah. Dengan bayu yang baru.
Bumi sang kenyalang bersama temannya si kucing besar.
Hari ini pertama kali aku menjejak kaki ke sini.
Bersama geng kesayangan.. Kuntum, Jering dan Tangkai...
Tangkai memang asalnya situ. Lahirnya situ. Membesarnya situ.
Jadi, secara rasmi dia di lantik sebagai pemandu pelancong.
Kami akan berada sini selama empat hari..


Kami sampai ke Kuching saat bumi sedang gelap.
Jadi, fokus kami cuma nak cari tempat tidur.
Nasib baik Tangkai dah tempah bilik. Kami menginab di hotel murah saja.
Nak jimat...
Sampai di bilik, mulanya kami ambil bilik dorm. ala-ala asrama.
Baru nak bersantai, tengok-tengok ada seorang lelaki mat saleh masuk dengan bagasi nya.
Senyum manis je..
Lantas Tangkai bangun dan tanya kaunter. Bilik sini campur ke?
Dan memang benar, ianya campur. Kami terus tukar bilik yang mahal sikit.
Mahal pun, mahal lah... janji private dan privacy untuk kami.
Dan cukup rehat, kami pun turun ke bawah untuk mengisi perut yang lapar.

Fulamak..

TAK ADA KEDAI MUSLIM dekat-dekat situ.. Perut dah lapar...

Tangkai pun tak tahu nak tuju ke mana. sebab Tangkai memang bukan muslim.
Jadi tak arif sangat tempat makan muslim yang best.

Maka, KFC lah menjadi pelepas kelaparan kami....

Lepas makan, kami pun balik tidur.. apakah yang bakal kami lalui esok dan esok...

Monday 18 January 2010

Rukun Iman

Rukun Iman 6 perkara :-

1. Beriman kepada ALLAH

2. Beriman kepada Malaikat-malikat ALLAH

3. Beriman Kepada Kitab-kitab ALLAH

4. Beriman Kepada Rasul-rasul ALLAH

5. Beriman kepada hari Kiamat

6. Beriman kepada Qada dan Qadar