Saturday, 17 September 2011
CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENGABAIAN NAFKAH
1. Komunikasi Yang Baik
Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:
dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita. Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya-poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri.
2. Meningkatkan Pengetahuan Isteri terhadap Hak Isteri
Peruntukan undang-undang menetapkan tanggungjawab suami membayar nafkah di bawah seksyen 72 (1) (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu menjadi kewajipan lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau orang lain, mengadakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah dan bergantung kepada kemampuan dan taraf kehidupan dengan membayar kosnya (Metro, 2011). Pihak isteri boleh memohon kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) sekiranya sudah mendapat perintah nafkah anak. Bahagian berkenaan adalah satu unit baru ditubuhkan untuk membantu ibu yang sudah mendapat perintah pembayaran nafkah anak tetapi tidak dipatuhi bapa (Metro, 2011).
Sekiranya isteri tahu hak mereka dan tahu dimana saluran yang betul untuk menegakkan keadilan, isu pengabaian nafkah boleh di selesaikan degan mudah. Isteri perlu bertindak menerusi peguam syarie atau mahkamah kerana suami bukan hanya tidak takut dengan bekas isteri, bahkan tidak takut dengan balasan akhirat (Dr Mohd Fadzilah Kamsah[9], Metro, 2011). Oleh itu dengan mendapatkan perintah mahkamah dan memberi peringatan kepada golongan suami, ia antara cara yang boleh diguna pakai dalam usaha mendapatkan hak anak-anak agar tidak dipinggirkan bapa sendiri. Selain itu, gunakan orang tengah atau mereka yang disegani bekas suami seperti keluarga, saudara-mara atau rakan karib. Memahami hukum-hakam agama mampu menyedarkan lelaki berkenaan mengenai tanggungjawabnya. Terdapat juga cadangan daripada agensi lain yang mencadangkan agar pembayaran nafkah dibuat melalui potongan gaji suami. Oleh itu, nafkah boleh di salurkan terus ke dalam akauan anak-anak.
3. Mengatur Hubungan Seksual Antara Suami Isteri
Penyaluran gelojak nafsu seksual secara halal merupakan salah satu hikmah perkahwinan. Ianya juga menjadi salah satu keperluan dalam memenuhi nafkah batin isteri. Oleh itu, ramai para ulama berpendapat bahawa melakukan hungan seksual merupakan salah satuhak isteri yang wajib dipenuhi oleh suami secara wajar dan tidak boleh diabaikan kecuali apabila terdapat alasan yang munasabah (Muhammad Bagir, 2008).
Labels:
agama,
Info,
pengetahuan dan pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment