NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Thursday 15 December 2011

SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembgaan Malaysia terbentuk berasaskan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Pada pilihanraya yang pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman dari Parti Perikatan telah di pilih sebagai perdana Menteri yang pertama. Ini kerana, beliau telah berjaya memenangi majoriti kerusi pada masa tersebut. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana, keperlbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak perlu dinilai dari segala aspek supaya dapat menubuhkan sebuah negara yang kuat. Suruhanjaya yang ditubuhkan itu telah diberi nama sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957 (MyPortal, 2011).

Pada tahun 1963, sebuh negara baru yang dikenali sebagai Malaysia telah berjaya di bentuk. Malaysia merupada gabungan 4 S iaitu, semenanjung (Tanah Melayu), Singapura, Sabah dan Sarawak. Setelah penubuhan Malaysia, perlembagaan Tanah Melayu terlah ditukar menjadi Perlembagaan malaysia. Laporan yang paling penting dalam sejarah perlembagaan Malaysia adalah hasil laporan daripada Suruhanjaya Reid.

Wednesday 7 December 2011

KONTRAK SOSIAL

Keperlbagaian kaum yang terdapat di Malaysia telah menyebabkan terbentuknya Kontrak Sosial. Ini dapat di lihat dengan jelas dalam perkara yang di pertikaikan oleh semua kaum iaitu dalam artikel 153 perlembagaan Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka serta kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti. Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar 60 bahasa (J. S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993). Ia sebenarnya bermula setelah penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebaik pembukaan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah pada awal tahun 1900.



 Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Oleh itu berdasarkan artikel 153 ini, menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 ini, dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan, apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan.

Bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.



Pendapat Beberapa Tokoh Negara Mengenai Kontrak Sosial.

Prof diraja Dr Ungku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak wujud kontrak sosial secara fizikal antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum (Malaysia kini, 2011). Sebaliknya, Ungku Aziz berkata, sosial kontrak itu merupakan satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka. Ungku Aziz berkata, kontrak sosial itu sepatutnya dipanggil ‘kontrak' untuk menjustifikasikan tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk kumpulan paling memerlukannya (Malaysia kini, 2011).

Dr Mahathir bagaimanapun tidak bersetuju dengan Ungku Aziz dan menegaskan bahawa kontrak sosial wujud walaupun tidak dalam bentuk bertulis. Dr Mahathir berpendapat, kontrak sosial memang tidak ditulis secara rasmi, tetapi kefahaman tentangnya memang wujud di kalangan pemimpim utama Perikatan iaitu Tengku Abdul Rahman dan pemimpin Perikatan yang lain ketika itu. Kefahaman kontrak sosial itu juga memberi kesan terhadap perlembagaan apabila ia memberi hak kepada orang Melayu dan juga memberi hak kepada orang Cina dan India. Orang Melayu tidak boleh mempersoal dan mencabar hak kewarganegaraan orang Cina dan India dan di situ kita dapat melihat keseimbangannya, begitu juga dengan agama. Islam yang telah menjadi agama rasmi negara dan semua orang bebas untuk mempraktikkan kefahaman agama mereka tanpa perasaan takut. (Mahathir, 2011). Kontrak sosial itu memang tidak ditulis tetapi ia termasuk semua aspek sosialisasi dalam negara ini (Malaysia Kini, 2011).


Frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.