NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Thursday 15 December 2011

SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembgaan Malaysia terbentuk berasaskan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Pada pilihanraya yang pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman dari Parti Perikatan telah di pilih sebagai perdana Menteri yang pertama. Ini kerana, beliau telah berjaya memenangi majoriti kerusi pada masa tersebut. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ini kerana, keperlbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak perlu dinilai dari segala aspek supaya dapat menubuhkan sebuah negara yang kuat. Suruhanjaya yang ditubuhkan itu telah diberi nama sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957 (MyPortal, 2011).

Pada tahun 1963, sebuh negara baru yang dikenali sebagai Malaysia telah berjaya di bentuk. Malaysia merupada gabungan 4 S iaitu, semenanjung (Tanah Melayu), Singapura, Sabah dan Sarawak. Setelah penubuhan Malaysia, perlembagaan Tanah Melayu terlah ditukar menjadi Perlembagaan malaysia. Laporan yang paling penting dalam sejarah perlembagaan Malaysia adalah hasil laporan daripada Suruhanjaya Reid.

No comments:

Post a Comment