Assalamualaikum dengan Semua...
Salam hari yang indah buat semua yang sedang berjalan enak
di atas muka bumi.
Salam doa buat mereka yang sedang berjuang.
Mujahid ku, mujahid kita, mujahid kami, mujahid islam.
Juga kepada para ukhty yang sedang sama-sama menjadi menguat
semangat.
Hari ini nak cerita sedikit mengenai kita. Maksud ku wanita
(hawa).
Kerana aku adalah hawa..
Pada saat ketika kita telah mencapai usia 18 tahun.
Ini adalah pengalaman sendiri dan pemerhatian sekeliling..
Saat itu, kita mula melihat sekeliling.
Maklum sajalah, budak baru habis sekolah..
Cerita yang paling seronok adalah "Kahwin".
Kerana daripada 50 orang sahabat perempuan seangkatan dengan
kita pada masa itu,
mungkin ada 3-5 orang yang berkahwin.
Ada yang sambung belajar ke Universiti, Matrik, Tingkatan
Enam, IPTS atau Mahad tahfiz.
Mungkin hanya separuh yang sambung. Mungkin.
ada pula yang sebilangan kecil gagal menyambung, duduk saja
di rumah.
Dan ada pula yang sudah mula mencari pekerjaan.
Itu lah kita... Bukan lagi sama seperti dulu. Memakai baju
putih dan kain biru.
Hari ini, kita semua berjalan dengan cabang yang berbeza.
Begitu juga bagi sahabat kaum adam.
Jalan masing-masing berbeza.
Tapi persepi menjadi wanita yang dewasa itu berbeza dengan
lelaki dewasa.
Kita akan di pandang dengan pandangan yang berbeza.
Mungkin ini hanya pandangan dari kelompok kecil.
Tapi cuba fikir, adakah sahabat hawa turut berasa begini?
Maksudku begini..
pada usia yang muda itu, apabila perempuan berkahwin awal,
bukan semua kata ia bagus.
ada yang mengata kita gatal. Bila kahwin lambat, ada yang
kata kita tak laku.
Bila minta hantaran murah, orang kata macam lelong diri.
dan bila letak hantaran mahal, orang akan kata menjual diri.
Siapa yang perna menemui situasi itu?.
Yang peliknya, wanita itu sendiri wujudkan situasi ini..
Makcik-makcik saja yang suka mengumpat pasal ini.
Kita sendiri yang suka wujudkan situasi ini. Bukan orang
lain.
Pada saat kita muda remaja. Kita akan rasa kita menjadi
mangsa.
Tapi sebenarnya, bila kita dan tua-tua, kita juga lah yang
jadi pemangsa mengumpat orang.
Sampaikan sifat si pengumpat itu, di sinonim kan dengan
wanita.
Adakah lagi 30 tahun, kita mahu tergolong dalam kelompok
makcik pengumpat?.
Maka dari itu, seiring dengan kesedaran..
Kita, para wanita. Jika kita faham rasa di nilai dengan
negatif..
Maka, kita janganlah menjadi seorang yang negatif, supaya
bila tua,
anak-anak tidak terbiasa mendengar orang mengumpat.
oleh itu, secara beransur-ansur, budaya mengumpat ini
hilang.
lebih baik kalau terus senyap.
cuba lah fikir positif,
No comments:
Post a Comment