Berita Jam 8 malam tadi..
Ringkasan berita yang buat aku rasa nak nangis.
"Identiti seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang mati dipercayai di rogol di kenalpasti".
Pendahuan berita itu lebih kurang begitu. Selalu kalau kes dera, aku cuma kata "kesian..". Tapi bila keluar berita tadi aku teringat Arwah adik Nurin dulu. Sebuah kes jenayah berat yang aku tak pasti sudah selesai atau belum. Rasanya macam belum. Kes yang membuatkan aku paranoid terhadap lelaki terutamanya lelaki asing atau ketika berjalan bersendirian di luar. Sampaikan jujur aku tak percaya dengan bapaku sendiri dan abang kandungku walaupun mereka adalah hero yang sentiasa cuba melindungi aku dan adik perempuanku.
Paranoid terhadap lelaki telah di sedari oleh kawan-kawan aku apabila aku takut untuk berkawan dengan lelaki asing. Sampaikan aku akan pastikan adik aku tidur dengan seluar panjang sebab aku takut. padahal dalam rumah. Dan berita malam ni membuatkan tangan aku shaking.. Aku takut. Walaupun aku telah dewasa.
Aku mula membayangkan budak sekecil itu menangis, menjerit, merintih, menahan sakit. Keadaan mayat kanak-kanak itu sangat menyedikan. Dia tidak berseluar, dengan usus terkeluar, kemaluan dan dubur yang koyak, sangat lah menakutkan. Ya Allah... peritnya saat adik itu menghembuskan nafas. Aku rasa nak maki hamun pelaku tu. Tapi memaki hamun takkan mampu membantu apa-apa.
Kalau kita dengar dari berita, saudara mangsa sendiri iaitu makcik mangsa mengatakan mangsa telah di rogol dan diliwat sebelum dibunuh. Mungkin itu hasil bedah siasat. Berdasarkan keadaan mangsa yang teruk cedera dan telah berbau busuk setelah pengawal keselamatan menjumpai mayat itu, mungkin pemeriksaan rapi telah dibuat. Dan hasilkan itulah seperti kenyataan keluarga mangsa.
Yang paling sedih sekali, suspek pelaku kejadian ini adalah melibatkan kekasih ibu kandung arwah, yang juga seorang penagih tegar najis dadah. Patutnya perangai macam najis. Biasalah jilat tahi!.
Aku doakan penjenayah ini cepat-cepat di tangkap.
Kesianlah kat diri kau sendiri syaiton sebab kalau kau tak sempat taubat, kau lepas didunia, neraka sedang tunggu nak kerjakan kau cukup-cukup. Bertaubatlah!.
Salam takziah untuk keluarga mangsa.
Wednesday, 22 January 2014
Tuesday, 21 January 2014
'Kangkung cetus 13 Mei bila telunjuk cucuk mata'
Itu tajuk yang aku ambil dari Malaysiakini
Isu kangkung jadi popular menjelang tahun 2014. Seolah-olah perkara ini adalah isu berat sehingga ramai yang membincangkannya. Sudah masuk 2 minggu isu ini menjadi popular tapi orang ramai masih terus membincangkannya. Bagi aku, mentaliti seorang anak muda yang suka bergurau, aku hanya memandang isu ini sebagai bahan yang boleh dibuat gurauan. Mungkin ini adalah satu isu yang wujud dari kelemahan seorang pemimpin. Mana ada manusia yang sempurna, mungkin PM kita cuma niat memberikan contoh kangkung. Silapnya nilai kangkung itu tidak begitu tinggi di mata rakyat terutamanya bagi rakyat yang adataman tanam kangkung di belakang rumah. Aku bukan niat membela PM, tapi aku cuma rasa itu hanya sebuah ucapan yang salah menggunakan contoh. Mungkin selepas ini PM perlu lebih peka dalam mengutarakan contoh, kerana rakyat Malaysia perlukan sesuatu yang lebih penting seperti Minyak, Beras, Sumber protein utama (ayam,daging dan ikan) dan lain-lain.
Merujuk kepada tajuk di atas, Ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip berkata, "(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku.
Isu kangkung jadi popular menjelang tahun 2014. Seolah-olah perkara ini adalah isu berat sehingga ramai yang membincangkannya. Sudah masuk 2 minggu isu ini menjadi popular tapi orang ramai masih terus membincangkannya. Bagi aku, mentaliti seorang anak muda yang suka bergurau, aku hanya memandang isu ini sebagai bahan yang boleh dibuat gurauan. Mungkin ini adalah satu isu yang wujud dari kelemahan seorang pemimpin. Mana ada manusia yang sempurna, mungkin PM kita cuma niat memberikan contoh kangkung. Silapnya nilai kangkung itu tidak begitu tinggi di mata rakyat terutamanya bagi rakyat yang ada
Merujuk kepada tajuk di atas, Ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip berkata, "(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku.
"Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang 'telunjuk mencucuk mata'. Ia tidak mustahil boleh berlaku".
Aku tertarik dengan ayat beliau, "Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku"
Apa pun perkara, jika ada yang mahu ia berlaku, ia akan berlaku. Kalau tak berlaku pun akan nampak kesannya kepada 'hampir berlaku'. 13 Mei bukanlah suatu majlis keramaian atau perayaan yang perlu kita raihkan kembali. Tapi ianya adalah sebuah kejadian yang menjadi igauan ngeri generasi mak ayah kita dulu. Kejadian yang menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa. Kemusnahan yang bukan dibuat oleh orang lain tapi oleh rakyat kita sendiri. Perbezaan kaum sepatutnya menjadikan keadaan sebuah negara itu warna-warni, meriah dan unik. Kita semua ada warna kulit yang berbeza, tapi warna rambut kita sama. Jadi bila kita berhimpun dalam semua majlis yang aman, jika di lihat dari atas, tiada bezanya kita. Jadi lebih baik mencari persamaan berbanding berbezaan.
Aku sebenarnya tak sangka isu ini begitu berat, sampai dikaitkan dengan isu 13 Mei. Terkejut juga baca. Tapi bila lihat satu gambar ni,
Bagi aku, gambar ni macam tak matang, macam budak-budak. Nampak sangat menghina. TAPI!, aku perna juga nampak Parti sebelah sana buat macam kartun yang menghina Parti lain. Jadi adil. Cuma yang tak best nya untuk ini adalah, mereka bermain atas nama 'kaum'.
Jadi, harap-harap rakyat Malaysia lebih bijak dalam menangani apa-apa isu terutamanya yang melibatkan kaum dan agama. Biar lain pendapat, biar perang mulut, tapi janganlah sampai gaduh-gaduh. Yang aman itu kita kekalkan di samping kita mengejar hak. Jangan Racist!. Carilah keadilan untuk rakyat Malaysia, bukan hanya untuk kaum sendiri.
Friday, 17 January 2014
8 Jam Terpisah (BlackOut!!)
Ini Kisah Hari Ini.
Aku baru pulang dari rumah Ibu Saudara ku. Sepupu kepada bapaku
Suaminya baru saja meninggal dunia.
Mujur waktu kami ingin ke sana, kira-kira jam 7.20 malam,
karen baru hidup. Elektrik dah ada.
Alhamdulillah. Sebab sebelum bertolak aku doa banyak-banyak.
Minta letrik cepatlah ada sebab kesian rumah arwah bergelap.
Aku rapat dengan cucu sulung pasangan tua itu.
Memeng... cucu mereka, merangkap anak saudara ku
dan juga teman sepermainan.
Tapi aku pergi ke situ bukan sebab dia.
Tapi sebab arwah atoknya (pakcik aku) itu,
adalah orang yang mengajar kami mengaji setiap malam.
Waktu kecil-kecil, sebelum dia kerap sakit,
Arwah itulah yang mengajar kami mengaji Al-Quran.
Semoga roh arwah pakcik Othman di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Besar sungguh jasanya kepada ku dan adik-adik.
Tapi apa kaitan dengan tajuk itu?.
Pada hari yang ini juga elektrik tak ada.
Bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 7.20 malam
Lebih kurang 8 jam.
Bukan itu sahaja, line telefon tak ada.
Digi, Maxis, Celcom dan lain-lain semua tak berfungsi.
Menurut kakak sepupu, Arwah tu dah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang.
Tapi atas sebab tak ada letrik, tak ada line, keluarga lambat di beritahu.
Bahkan kami yang cuma tinggal dengan jarak 300 meter pun lambat tahu khabar sedih itu.
Kami cuma tahu tentang hal itu dalam jam 6.30 petang.
Waktu itu jiran kami, yang juga sepupu kepada bapaku bagitahu
pakcik Othman dah meninggal.
Waktu itu bapa tiada di rumah. Mujur Abang Didi cepat balik.
Jadi mak ajak Abang Didi pergi cari bapa.
Kalau ada line telefon kan senang.
Mesti dah sebar berita dengan cepat.
Inilah nasib kami diluar bandar Sabah.
Kalau KL mati letrik 1 minit, masuk berita utama. Kalau sabah 1 hari tiada letrik senyap2 seja. Kalau selangor tiada air setengah hari, tiap 1 jam itu ja berita. Tapi kalau sabah kepala paip pun tiada.. Siapa kisah?. Bukan tak bersyukur.. Cuma sama-sama malaysia. Bukan afrika.

Monday, 13 January 2014
Cari Kangkung Di Google.
Malam 12 Januari (semalam), aku log in facebook,
Macam biasalah, selepas tengok notification yang tak berapa nak ada
(maklumlah aku kurang popular), aku tengok 'Home'.
Tengok apa status kawan-kawan yang menarik,
info-info penting atau apa-apa sajalah yang menarik, dan...
"Kenapa dengan kangkung ???".
Persoalan itu bermain di minda ku.
Sebab apa, separuh dari status kawan-kawan ada perkataan kangkung.
Yang aku tahu, sekarang musim hujan.
Bila musim hujan, memang kangkung subur meliar di payah.
Aku pun google cari kangkung.
Kelas kot zaman sekarang, cari kangkung dalam google.
hahaha...
Teringat zaman kecil-kecil dulu,
ikut arwah nenek pergi belakang rumah, cabut kangkung.
dulu-dulu kami senang ja makan kangkung,
ambil di parit besar, payah, sungai belakang rumah,
banyak lah tumbuh. fresh dan sedap!.
Parit besar tu maksud aku tali air untuk alirankan air sungai tu,
bukan parit yang tempat buang sampah.
Korang jangan geli pula.
Tapi hari ini, aku sedang mencari kangkung di google.
Apa yang aku dapat ?.
oooooohhhh... ini rupanya kisahnya!..
Kisah pasal ucapan PM Najib yang menggunakan contoh kangkung.
Dalam ucapan beliau, PM Najib kata,

".....Sekarang harga sayur-sayuran naik, Sawi naik, kangkung naik!. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat kabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung dulu naik, sekarang dah turun. Bila turun kenapa tak puji kerajaan ?. Masa naik di persalahkan kerajaan.
Ini tidak adil!....."
Petikan di atas adalah di petik dari ucapan PM Najib.
Ucapan itu telah membuatkan orang ramai mentertawakan PM.
Kangkung pun jadi popular.
Bagi mereka yang memandang positif akan berkata
"ucapan PM tu tak ada apa pun."
"ucapan PM tu tak ada apa pun."
Tapi bagi mereka yang celik dengan isu semasa,
mereka akan kata, "Ucapan itu sangatlah lawak!".
Sebenarnya, rakyat menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barang
kerana pendapatan rakyat tidak setimpal dengan kos hidup.
aku percaya, rakyat tidak akan mengeluh jika kenaikan harga barang
di susuli dengan kenaikan pendapatan atau peningkatan peluang kerja.
Kerana minyak naik, semua barang naik.
Jika kangkung yang turun harga, kenapa PM nak minta rakyat puji kerajaan?.
Sedangkan harga kangkung tidak akan mempengaruhi pendapatan rakyat.
Itulah punca kenapa kangkung menjadi popular.
Dan saya juga percaya, walaupun minyak turun harga 10 sen,
rakyat pasti berterima kasih kerana minyak adalah nadi perniagaan.
Apa pun, terima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga kangkung. hihihi...
Layan lagu kangkung dulu..
Thursday, 9 January 2014
Harta Untuk Kahwin
orang tua-tua kita cakap,"kalau belum kaya, belum ada harta, janganlah dulu kahwin. Nanti tak dapat kasi makan anak orang".
Tapi dalam al quran Allah dah janji,"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". (Surah an-nur ayat 32)
Ada betulnya apa yang orang tua-tua kita pesan. Sebab kemampuan menjaga anak orang sebagai isteri kepada seorang suami yang akan melahirkan anak nya sendiri adalah amat penting. Kesesakan hidup boleh menjadi salah satu punca keruntuhan rumah tangga. Perut yang berasa lapar, baju yang lusuh dan tidak selesa, tempat tinggal yang bocor sana sini dan kepuasan hidup yang tidak di penuhi mampu menyebabkan seseorang gagal berfikir dengan baik. Namun!. tidak perlulah sehingga berharta baru berfikir soal kahwin. Cukuplah kita mampu walaupun dalam keadaan yang hanya 'cukup-cukup', kerana yang hanya 'cukup-cukup' itu saja, mampu digandakan kepada yang lebih baik jika kita benar-benar yakin kepada janji Allah.
Kadang-kadang ada juga kahwin tapi tetap susah. Bukan kerana Allah memungkiri janji-Nya.. Tapi kita perlu nilai kembali hubungan kita dengan Allah. Adakah kita menjaga kewajipan kita dan kita juga perlu melihat apa niat kita berkahwin dan bagaimana usaha kita menjaga keluarga yang kita bina. Membina sebuah keluarga bukan hanya fokus kepada isteri dan anak-anak tapi hubungan dengan keluarga sendiri dan mentua. Nilai, perbaiki dan jaga semua perkara. InsyaAllah kita akan merasa sesuatu yang telah Allah janjikan.
Walaupun semua orang tahu, maut, jodoh dan rezeki itu ketentuan Allah, tapi tak ramai orang akan meyakininya. Sebab itu orang lebih mudah merungut di facebook, dari menadahkan tangan di atas sejadah.

Thursday, 2 January 2014
Menjaga Aib Orang
Kita boleh nasihatkan orang lain.
Tapi kalau miang mulut juga nak sebut-sebut aib orang lain,
Tapi jangan sesekali menjadikan aib orang lain
sebagai bahan untuk di sebarkan,
kononnya sebagai pengajaran. Tidak perlu begitu.
Apa yang kita tahu, cukup di simpan di situ.
Sebab Allah pernah berfirman;
Ayat itu mudah untuk kita faham.
”Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat … (QS. An-Nur: 19).
Ayat itu mudah untuk kita faham.
Aib perlu di simpan dan orang yang menyebarkan,
bahkan ingin perkara itu tersebar, balasannya hanya neraka.
Nabi SAW pun suruh kita tutup aib saudara muslim kita.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
“Seorang hamba yang menutupi aib orang lain di dunia, kelak Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat.” (HR.Muslim)
Tapi kalau miang mulut juga nak sebut-sebut aib orang lain,
jangan menyesal atau berkata Allah tidak adil jika aib kita mudah tersebar.
Jagalah lidah bila berbicara. Biar pendiam asal jangan pembawa mulut busuk.
Jagalah lidah bila berbicara. Biar pendiam asal jangan pembawa mulut busuk.
Wednesday, 1 January 2014
Jika Terlupa Alamat Email Pasword.
Hai korang!!!... Selamat tahun baru ye kawan-kawan.
Aku sudah dua bulan tak buka blog.
Bukan sibuk pun, tapi entah!. memang pemalas menaip.
Aku sedang sibuk buat Assignment orang sebenarnya.
Aku ambil upah buat Assignment orang sementara tak ada kerja ni.
Tadi teringin lah pula menaip sesuatu dalam blog.
Tapi masa buka-buka blog, aku fikir,
"Apa email aku aahhh??".
Okey... terserlah kelupaan ku ketika ini.
Macam biasa lah, sekarang ni semua di hujung jari.
So, aku pun google lah cara nak dapatkan email blog.
Tapi malang bagi aku bila ramai yang bagi tips kena pergi ke :
www.blogger.com/forgot.do ... Bila aku ke laman tu,
"We've sent you an email message with login instructions for your blog at http://puteriseorangayah.blogspot.com/. Email was sent to your gmail.com account"
Aku sudah dua bulan tak buka blog.
Bukan sibuk pun, tapi entah!. memang pemalas menaip.
Aku sedang sibuk buat Assignment orang sebenarnya.
Aku ambil upah buat Assignment orang sementara tak ada kerja ni.
Tadi teringin lah pula menaip sesuatu dalam blog.
Tapi masa buka-buka blog, aku fikir,
"Apa email aku aahhh??".
Okey... terserlah kelupaan ku ketika ini.
Macam biasa lah, sekarang ni semua di hujung jari.
So, aku pun google lah cara nak dapatkan email blog.
Tapi malang bagi aku bila ramai yang bagi tips kena pergi ke :
www.blogger.com/forgot.do ... Bila aku ke laman tu,
dia minta blog url (itu aku ingat), dan selepas aku masukkan URL,
dia kata..
Okey dia dah sent email kat email aku, tapi apa akaun gmail aku???
so, aku tak dapat jawapan lagi..
Untung ada member yang tahu,
dia kata, lagi mudah kalau pergi ke "https://www.google.com/accounts/recovery/"
Lepas tu buat pilihan terlupa apa, lupa sandi (password), Pengguna nama (email),
atau masalah lain.
Pilih masalah apa, masukkan nombor telefon,atau alternatif email,
Google hantar verification code.. then settle!
So, aku dah boleh menaip lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)