NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Wednesday 22 January 2014

Kanak-kanak 2 Tahun Mati Di Rogol Dan Di Liwat

Berita Jam 8 malam tadi..

Ringkasan berita yang buat aku rasa nak nangis.

"Identiti seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang mati dipercayai di rogol di kenalpasti".

Pendahuan berita itu lebih kurang begitu. Selalu kalau kes dera, aku cuma kata "kesian..". Tapi bila keluar berita tadi aku teringat Arwah adik Nurin dulu. Sebuah kes jenayah berat yang aku tak pasti sudah selesai atau belum. Rasanya macam belum. Kes yang membuatkan aku paranoid terhadap lelaki terutamanya lelaki asing atau ketika berjalan bersendirian di luar. Sampaikan jujur aku tak percaya dengan bapaku sendiri dan abang kandungku walaupun mereka adalah hero yang sentiasa cuba melindungi aku dan adik perempuanku.
Paranoid terhadap lelaki telah di sedari oleh kawan-kawan aku apabila aku takut untuk berkawan dengan lelaki asing. Sampaikan aku akan pastikan adik aku tidur dengan seluar panjang sebab aku takut. padahal dalam rumah. Dan berita malam ni membuatkan tangan aku shaking.. Aku takut. Walaupun aku telah dewasa.
Aku mula membayangkan budak sekecil itu menangis, menjerit, merintih, menahan sakit. Keadaan mayat kanak-kanak itu sangat menyedikan. Dia tidak berseluar, dengan usus terkeluar, kemaluan dan dubur yang koyak, sangat lah menakutkan. Ya Allah... peritnya saat adik itu menghembuskan nafas. Aku rasa nak maki hamun pelaku tu. Tapi memaki hamun takkan mampu membantu apa-apa.
Kalau kita dengar dari berita, saudara mangsa sendiri iaitu makcik mangsa mengatakan mangsa telah di rogol dan diliwat sebelum dibunuh. Mungkin itu hasil bedah siasat. Berdasarkan keadaan mangsa yang teruk cedera dan telah berbau busuk setelah pengawal keselamatan menjumpai mayat itu, mungkin pemeriksaan rapi telah dibuat. Dan hasilkan itulah seperti kenyataan keluarga mangsa.
Yang paling sedih sekali, suspek pelaku kejadian ini adalah melibatkan kekasih ibu kandung arwah, yang juga seorang penagih tegar najis dadah. Patutnya perangai macam najis. Biasalah jilat tahi!.
Aku doakan penjenayah ini cepat-cepat di tangkap.
Kesianlah kat diri kau sendiri syaiton sebab kalau kau tak sempat taubat, kau lepas didunia, neraka sedang tunggu nak kerjakan kau cukup-cukup. Bertaubatlah!.

Salam takziah untuk keluarga mangsa.

No comments:

Post a Comment