Macam biasalah, selepas tengok notification yang tak berapa nak ada
(maklumlah aku kurang popular), aku tengok 'Home'.
Tengok apa status kawan-kawan yang menarik,
info-info penting atau apa-apa sajalah yang menarik, dan...
"Kenapa dengan kangkung ???".
Persoalan itu bermain di minda ku.
Sebab apa, separuh dari status kawan-kawan ada perkataan kangkung.
Yang aku tahu, sekarang musim hujan.
Bila musim hujan, memang kangkung subur meliar di payah.
Aku pun google cari kangkung.
Kelas kot zaman sekarang, cari kangkung dalam google.
hahaha...
Teringat zaman kecil-kecil dulu,
ikut arwah nenek pergi belakang rumah, cabut kangkung.
dulu-dulu kami senang ja makan kangkung,
ambil di parit besar, payah, sungai belakang rumah,
banyak lah tumbuh. fresh dan sedap!.
Parit besar tu maksud aku tali air untuk alirankan air sungai tu,
bukan parit yang tempat buang sampah.
Korang jangan geli pula.
Tapi hari ini, aku sedang mencari kangkung di google.
Apa yang aku dapat ?.
oooooohhhh... ini rupanya kisahnya!..
Kisah pasal ucapan PM Najib yang menggunakan contoh kangkung.
Dalam ucapan beliau, PM Najib kata,
".....Sekarang harga sayur-sayuran naik, Sawi naik, kangkung naik!. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat kabar saya baca, ada yang dah turun. Kangkung dulu naik, sekarang dah turun. Bila turun kenapa tak puji kerajaan ?. Masa naik di persalahkan kerajaan.
Ini tidak adil!....."
Petikan di atas adalah di petik dari ucapan PM Najib.
Ucapan itu telah membuatkan orang ramai mentertawakan PM.
Kangkung pun jadi popular.
Bagi mereka yang memandang positif akan berkata
"ucapan PM tu tak ada apa pun."
"ucapan PM tu tak ada apa pun."
Tapi bagi mereka yang celik dengan isu semasa,
mereka akan kata, "Ucapan itu sangatlah lawak!".
Sebenarnya, rakyat menyalahkan kerajaan dengan kenaikan harga barang
kerana pendapatan rakyat tidak setimpal dengan kos hidup.
aku percaya, rakyat tidak akan mengeluh jika kenaikan harga barang
di susuli dengan kenaikan pendapatan atau peningkatan peluang kerja.
Kerana minyak naik, semua barang naik.
Jika kangkung yang turun harga, kenapa PM nak minta rakyat puji kerajaan?.
Sedangkan harga kangkung tidak akan mempengaruhi pendapatan rakyat.
Itulah punca kenapa kangkung menjadi popular.
Dan saya juga percaya, walaupun minyak turun harga 10 sen,
rakyat pasti berterima kasih kerana minyak adalah nadi perniagaan.
Apa pun, terima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga kangkung. hihihi...
Layan lagu kangkung dulu..
No comments:
Post a Comment