orang tua-tua kita cakap,"kalau belum kaya, belum ada harta, janganlah dulu kahwin. Nanti tak dapat kasi makan anak orang".
Tapi dalam al quran Allah dah janji,"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". (Surah an-nur ayat 32)
Ada betulnya apa yang orang tua-tua kita pesan. Sebab kemampuan menjaga anak orang sebagai isteri kepada seorang suami yang akan melahirkan anak nya sendiri adalah amat penting. Kesesakan hidup boleh menjadi salah satu punca keruntuhan rumah tangga. Perut yang berasa lapar, baju yang lusuh dan tidak selesa, tempat tinggal yang bocor sana sini dan kepuasan hidup yang tidak di penuhi mampu menyebabkan seseorang gagal berfikir dengan baik. Namun!. tidak perlulah sehingga berharta baru berfikir soal kahwin. Cukuplah kita mampu walaupun dalam keadaan yang hanya 'cukup-cukup', kerana yang hanya 'cukup-cukup' itu saja, mampu digandakan kepada yang lebih baik jika kita benar-benar yakin kepada janji Allah.
Kadang-kadang ada juga kahwin tapi tetap susah. Bukan kerana Allah memungkiri janji-Nya.. Tapi kita perlu nilai kembali hubungan kita dengan Allah. Adakah kita menjaga kewajipan kita dan kita juga perlu melihat apa niat kita berkahwin dan bagaimana usaha kita menjaga keluarga yang kita bina. Membina sebuah keluarga bukan hanya fokus kepada isteri dan anak-anak tapi hubungan dengan keluarga sendiri dan mentua. Nilai, perbaiki dan jaga semua perkara. InsyaAllah kita akan merasa sesuatu yang telah Allah janjikan.
Walaupun semua orang tahu, maut, jodoh dan rezeki itu ketentuan Allah, tapi tak ramai orang akan meyakininya. Sebab itu orang lebih mudah merungut di facebook, dari menadahkan tangan di atas sejadah.
No comments:
Post a Comment