NEW 1 photo 1-1.png NEW 2 photo 2-1.png NEW 3 photo 3-1.png NEW 4 photo 4-1.png

Friday, 18 October 2013

Pantun dan Jenis-Jenisnya


1.1 Pendahuluan

Pantun merupakan syair klasik yang menjadi kebanggaan orang melayu sejak zaman berzaman. Namun, pada masa kini, budaya membaca pantun atau berpantun dalam kehidupan seharian dilihat sudah semakin pudar. Pantun yang di cipta oleh orang melayu adalah sangat unik dan melihat bertapa bijaknya orang melayu. Menurut Muhammad Ariff Ahmad dalam Mari Kita Berpantun (2004), pengkaji Barat, R.O. Windstet mengulaskan bahawa tiada sesiapa dapat menganggarkan skop mental orang Melayu tanpa terdahulu memahami pantun. Ini menunjukkan, untuk memahami orang melayu pada masa dahulu, mereka perlu memahami pantun yang diucapkan oleh mereka.

Pada masa dahulu, pantun mempunyai fungsi yang meluas terutamanya untuk tujuan meluahkan perasaan. Contohnya perasaan sedih, gembira, luahan perasaan anak muda yang sedang bercinta juga nasihat orang tua kepada generasi muda. Hal ini telah dihuraikan oleh Muhammad Ariff mengenai pendapat pengkaji Barat terdahulu tentang fungsi pantun yang sebenar. Sarjana Belanda, Klinkert dan Pinappel menganggap bahawa pantun adalah lagu cinta orang muda. Mereka mengaitkan pantun itu hanya menjadi wahana mengangkut perasaan rindu kasih anak-anak muda dan menyampaikannya kepada kekasihnya. Ini kerana, pada masa dahulu, lagu-lagu juga dicipta menggunakan bait-bait rangkap pantun. Apabila kita menonton filem-filem lama, orang melayu kerap menggunakan pantun untuk merisik anak dara orang.

Walaubagaimanapun, Muhammad Ariff Ahmad (2004), mempercayai bahawa pantun itu mempunyai kegunaan yang luas dan fungsinya tidak terbatas pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Ini kerana, penggunaan pantun juga tidak hanya terbatas pada mana-mana golongan manusia Melayu, iaitu dalam naskhahnya juga merujuk kepada kalangan petani, nelayan, usahawan, pendidik, pemusik tentera dan awam dan sebagainya. Jenis-jenis pantun juga dilihat sangat meluas dan tidak terhad.

Zahir Ahmad (2005) mengatakan, pantun merupakan rakaman pengalaman dan pemerhatian peribadi si pemantun dalam menjalani kehidupan seharian. Pengalaman dan pemerhatian tersebut diungkapkan semula dalam baris-baris yang walaupun terhad tetapi tidak menjejaskan mesej yang hendak disampaikan. Penggunaan nama-nama tempat nama-nama tokoh, aktiviti kesenian, aspek kebudayaan boleh digunakan untuk mengkaji aspek-aspek budaya dalam sesebuah masyarakat di sesuatu tempat. Melalui kumpulan pengalaman dan pemerhati ini lah yang membentuk sebuah pantun. Menyampai sesuatu pemerhatian menggunakan ungkapan pantun juga dilihat lebih menyeronokkan dan mampu diingati. Kadangkala, ianya disampaikan menjadi sebuah teka teki yang akan di jawab menggunakan pantun yang bersesuaian.

Dalam sebuah rangkap pantun yang kebiasaannya terdiri dari empat baris ayat, ianya akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah dua baris pertama ayat yang dipanggil pembayang manakala dua baris akhir dipanggil maksud. Menurut Za‟ba dalam Ilmu Mengarang Melayu menyifatkan bahawa makna asal kekata pantun itu ialah “seperti” atau “umpama”, kemudian pantun itu dipakai dengan makna “perumpamaan”. Beliau menyatakan Pantun ini pula difahamkan oleh masyarakat sebagai sejenis karangan berangkap yang terbahagi pada dua, iaitu baris-baris yang mengandungi pembayang dan inti maksudnya. Rima akhir bagi setiap pantun adalah sama atau berselang-selih. Contohnya rima ‘A’ ’a’ atau ‘A’ ’b.’



1.2 Objektif Penulisan



Objektif utama penulisan ini adalah untuk memupuk kecerdasan minda dan kreativiti murid-murid melalui aktiviti Pantun. Oleh itu, maklumat tentang pantun dikumpul supaya guru lebih memahami pantun sebelum memberi pendidikan kepada murid-murid. Objektif lain penulisan ini adalah untuk memberi pendidikan dan pengetahuan kepada generasi muda mengenai pantun. Penulisan ini diharap dapat membantu generasi muda mengetahui serba sedikit mengenai pantun. Ini kerana, pantun juga merupakan sebahagian khazanah bangsa melayu yang patut di pelihara dan dikekalkan.


1.3 Skop Penulisan


Skop penulisan ini adalah di sekolah kebangsaan Pekan Pitas 2. Maklumat mengenai pantun dikumpulkan untuk pelajar tahun enam supaya dapat menunjukkan aktiviti berbalas pantun dilaksanakan dalam bilik darjah. Proses P&P dirancang bagi menyampaikan pengetahuan kepada murid-murid mengenai maksud pantun, jenis-jenis pantun dan aktiviti berbalas pantun.



2.1 Definisi pantun


“Bagi saya pantun menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti orang Melayu ketika itu. Ini membuktikan keupayaan orang Melayu jauh lebih baik dari sekarang”
(Ungku Aziz, 2011). 



Pantun merupakan sebuah ucapan dalam bentuk hiburan yang dicipta oleh orang melayu. Melalui pantun, kita melihat bangsa melayu adalah bangsa yang kreatif dalam bercakap dan sangat menjaga kesopanan ketika menyampaikan sesuatu. Sifat sopan dan beradap orang melayu inilah melahirkan pantun atau juga dikenali sebagai puisi klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) dan Edisi Keempat (2007), Pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). Ini bertepatan dengan maksud pantun yang telah diterangkan oleh Pendeta Dr. Za’ba. Apabila kita ingin membina sebuah pantun, pembayang yang kita gunakan perlukan bertepatan dengan makna yang kita ingin sampaikan. Pada masa kini, Pantun dicipta hanya mengikut kesedapan bunyi tanpa menggunakan pembayang yang bersesuaian.

Pantun merupakan antara perkara penting yang perlu dipelajari oleh masyarakat Melayu. Ini kerana, Pantun merupakan salah satu medium dalam menyampaikan sesuatu perkara. Zahir Ahmad (2005) mengatakan Pantun adalah pengucapan lisan oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun. Pantun amat popular di dalam majlis-majlis orang melayu. Contohnya dalam istiadat diraja, majlis perkahwinan dan keramaian. Ini kerana, penggunaan pantun dilihat lebih sopan dan berkias. Pantun dicipta dalam konteks budaya tradisional yang amat mementingkan kesopanan berbahasa dan ketertiban berkomunikasi (Noriah Taslim 2003).

Menurut Siti Hajar (2013), Pantun dianggap sebagai hasil kreatif manusia Melayu yang terawal. Dikatakan juga pantun sebagai khazanah silam yang amat bernilai, melambangkan genius manusia Melayu yang tinggi nilai sasteranya. Pantun juga merupakan salah satu genre asli kesusasteraan menjadi wahana bagi pengucapan dalam berbagai jurusan aktiviti kehidupan masyarakat. Tidak ketinggalan pantun juga dijadikan alat ekspresi bagi kehidupan yang lebih tinggi iaitu moral dan agama, aspek-aspek yang lebih kompleks yang membawa kepada pemikiran kosmologi dan kosmogoni yang lebih bersifat abstrak berbanding dengan kehidupan seharian (Siti Hajar, 2013). Tambahnya lagi, pantun lebih istimewa apabila ianya menjadi perakam kepada cara hidup dan aktiviti kehidupan dibayangkan dengan mengeksploitasi unsur-unsur alam yang melatari dan melingkungi persekitaran setempat.



2.2 Jenis-jenis Pantun



Pantun boleh dibahagikan kepada beberapa jenis sama ada dari segi jumlah barisan ayat mahupun kegunaan pantun itu sendiri. Pantun yang biasa di gunakan adalah pantun empat baris. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis yang lain seperti, pantun dua baris, pantun enam baris, pantun lapan baris, pantun dua belas baris dan pantun berkait. kesemua jenis pantun ini boleh dibezakan lagi dalam beberapa jenis yang terlalu luas kerana kegunaan pantun yang tidak terikat. berikut merupakan jenis-jenis pantun.



A. Jenis Pantun Mengikut Baris Berserta Contoh.

1. Pantun Dua Baris

Contoh:

Sebab pulut santan binasa
Sebab mulut badan binasa


Baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud yang ingin disampaikan.


2. Pantun Empat Kerat

Contoh :

Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.



Baris pertama dan kedua dijadikan pembayang. Manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud yang ingin disampaikan. Maksud Pantun ini adalah apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera.



3. Pantun Enam Kerat

Contoh:

Bukan cempedak kami katakan,
Buah delima dalam pasu,
Pisau lipat baru diasah;
Bukankah telah kami katakan,
Pandang pertama cinta palsu,
Tiada dapat dibawa bersusah
.



Baris pertama, kedua dan ketiga dijadikan pembayang. Manakala baris keempat hingga keenam adalah maksud yang ingin disampaikan. Maksud Pantun ini adalah suatu nasihat yang diberikan kepada orang muda tentang cinta pertama. Cinta pertama kadang-kadang kita melihat luaran tidak sama seperti yang nyata.



4. Pantun Lapan Baris

Contoh:

Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.



Baris pertama hingga keempat dijadikan pembayang. Manakala baris kelima dan kelapan adalah maksud yang ingin disampaikan.



5. Pantun Dua Belas Baris

Contoh:

Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sutan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.


Baris pertama hingga keenam dijadikan pembayang. Manakala baris ketujuh dan kedua belas adalah maksud yang ingin disampaikan. Maksud Pantun ini adalah apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera. Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20.



6. Pantun Berkait

Contoh:

Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.


Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
Bertambah geram di dalam hati.


Pantun berkait berbeza sedikit dengan jenis-jenis pantun yang lain. Pantun berkait adalah dalam bentuk berangkap dan terikat seperti dalam contoh. Terdapat empat baris satu rangkap dan masih mengekalkan ciri-ciri asal iaitu dua baris pembayang dan dua baris maksud. Namun terdapat jeda atau hentian sementara di tengah baris. Pantun jenis ini dilafaz secara intonasi. Baris kedua pada rangkap pertama diulang semula pada baris pertama rangkap kedua dan baris keempat pada rangkap pertama diulang semula pada baris ketiga rangkap kedua. Di antara satu rangkap dengan rangkap yang lain ada pertalian maksud atau cerita. Kesuluruhan rangkap merupakan kesatuan sebuah cerita dan kerana itu ianya dipanggil pantun berkait.



B. Jenis Pantun Mengikut Kegunaan atau Unsur Berserta Contoh.



1. Nama-nama Tempat

Contoh:

Dari Gunung ke Anak Bukit
Singgah bermalam di Bukit Pinang
Duduk melenggung hati sakit
Bila tahun hati nak tenang



2. Aktiviti Kesenian

Contoh:

Bunga Tanjung putih berseri
Bunga kembang berlapis-lapis
Lagu canggung lagu asli
Lagu asal negeri Perlis



3. Nama-nama Tokoh

Contoh:

Tanjung Rhu di hujung tanah
Pokoknya beratur seperti jambangan
Kematian Mahsuri kerana fimah
Kini hati tinggal kenangan



4. Adat Resam /Budaya

Contoh:

Ikan berenang didalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang


5. Pantun Agama

Contoh:

Daun terap diatas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicoba



6. Pantun Jenaka

Contoh:

Oh bulan kemana bintang
Atas pucuk kayu ara
Oh tuan kemana hilang
Dalam bilik anak dara


Kemudian dibalas,

Atas pucuk kayu ara
Lebat daunnya pokoknya rindang
Hilang kedalam bilik nak dara
Cuma meminta rokok sebatang


7. Pantun Percintaan

Contoh:

Layang-Layang Terbang Melayang
Jatuh Ke Laut Melayang-Layang
Siapa Bilang Abang Tak sayang
Siang Malam Terbayang-Bayang



8. Pantun Perpisahan

Contoh:

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Batang selasih permainan budak
Tumbuhnya jarang tepi telaga
Bercerai kasih bukan kehendak
Paksaan orang dituruti juga


9. Pantun teka teki

Contoh:

Maruah negara perlu dijaga,
Ikrar dipegang sepanjang masa,
Walau di sempadan di mana juga,
Hidup berbakti kepada negara.



10. Pantun Nasihat

Contoh:

Orang mengail di Teluk Bulang,
Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
Nyawa tersangkut di hujung kuku.





Thursday, 10 October 2013

Kebaikan Dan Kelemahan Aktiviti Pantun Pada masa Kini

Kebaikan Aktiviti Berpantun


Aktiviti pantun di dalam kelas mampu memberikan banyak kebaikan atau manfaat kepada murid-murid selaku generasi muda pada hari ini. Ini kerana, mereka merupakan pewaris bangsa dan akan membawa budaya-budaya pada masa akan datang untuk diperkenalkan kepada generasi seterusnya. Oleh itu, adalah amat wajar aktiviti berbalas pantun diajar atau dibiasakan di dalam kelas.

Antara kebaikan aktiviti berpantun di dalam kelas adalah yang pertama, dapat melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. Guru-guru boleh memperkenalkan pantun yang mudah kepada murid-murid seperti pantun dua kerat. Menurut Knapton dan Evans (1967), Manfaat terbesar daripada suatu karya sastera ialah ia membekalkan pengalaman estetik yang akan membawa pengaruh positif dan sihat ke atas penerimanya. Penggunaan bahan sastera dapat menolong memenuhi objektif untuk menanam nilai-nilai murni pada diri pelajar yang sedang di alam keremajaan. Pantun merupakan antara jenis cabang sastera yang patut dipelajari.

Kelebihan kedua adalah untuk melatih murid-murid memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.

Ketiga, aktiviti ini membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka. Dharmawijaya (1998) menegaskan bahawa pendekatan yang sesuai dilakukan dalam proses pengajaran pantun adalah dengan cara memahami prinsip puisi dan ciri-ciri bahasa puisi. Jika murid-murid telah biasa dengan pantun, mereka mungkin lebih mudah dan seronok memahami pantun.

Selain itu, kelebihan keempat adalah memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka seperti menghasilkan pantun yang paling mudah iaitu dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.

Seterusnya yang kelima, Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapatnya unsur berhibur. Aktiviti ini juga mampu menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid. Menurut Koh Boh Boon (1994), Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu dapat, antara lain menanam penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu, memperkaya perbendaharaan kata dan mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik.


Kelemahan Aktiviti Pantun

Pada masa kini, dunia teknologi maklumat yang lebih menyeronokkan telah menyebabkan generasi muda kurang terdedah kepada budaya lama seperti budaya berpantun. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan dalam aktiviti berpantun. Antaranya seperti yang pertama, pelajar lemah dalam memahami maksud pantun yang hendak disampaikan. Kadangkala, mereka hanya tahu cara membaca pantun dengan intonasi pantun yang betul. Namun mereka masih tidak memahami apakah yang ingin disampaikan oleh pantun tersebut.

Kelemahan kedua adalah, pelajar lemah dalam kemahiran mencipta pantun. Keadaan ini turut dialami atau terjadi pada generasi muda pada hari ini. Prof. Dr. Harun Mat Piah juga mengatakan, agak malang ada pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan (Utusan Malaysia, 22/02/2007)

Kelemahan ketiga adalah Puisi klasik atau pantun jarang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, subtopik yang ingin diajar adalah terlalu banyak sehingga guru tiada mempunyai masa yang cukup untuk mengajar pantun. Pantun juga dilihat tidak begitu sesuai untuk disampaikan medium penyampaian maklumat untuk beberapa jenis matapelajaran seperti matematik dan sains.

Kelemahan yang keempat adalah pantun kian ketandusan di kalangan generasi muda terutama pelajar. Pelajar hari ini didedahkan kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk hiburan (Lee Kim Hong, 2005). Pada maa kini, pelajar lebih suka melayari laman sosial berbanding membaca buku-buku pantun.

Kelemahan yang seterusnya adalah kekurangan buku-buku ilmiah berkaitan pantun serta kurangnya dorongan ibu bapa untuk mempelajari pantun. Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera berbentuk rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera. Ibu bapa kurang memberi galakkan kerana mereka beranggapan dengan membaca bahan sastera seperti novel dan cerpen akan mengganggu pencapaian akademik (Lee Kim Hong, 2005)



Pantun merupakan antara khazanah bangsa melayu yang amat bernilai dan patut dipelihara. Pantun akan menjadi lambang kebijaksanaan dan adab berkias yang dicipta dan diamalkan oleh orang melayu. Menurut Prof. Madya Siti Hajar Che Man (2013), pantun berbicara tentang manusia, dan seperti bentuk sastera tradisional yang lain pantun membawa “suara” kolektif masyarakatnya. Sebagai seni sosial, pantun amat terlibat dengan tuntutan untuk mendidik, dan membudayakan ahli masyarakatnya. Pantun seumpama sebuah ensiklopedia atau “buku” adab dan tradisi yang tiada tolok bandingnya. Perincian dalam pantun itulah cerminan kerencahan dan leluhur bangsa dulu, kini dan selamanya. Rumusan itu jelas menunjukkan betapa bernilainya budaya berpantun. DR Haryati Shafii (2010) pula menyifatkan pantun amat penting untuk dilestarikan apabila dihubungkait dengan pembangunan mampan. Kelestarian unsur alam itu sebenarnya membawa maksud tersurat dan tersirat sebagai pembayang maksud bagi menyampaikan sesuatu perkara dalam bentuk kiasan. Hal ini kerana masyarakat Melayu yang kaya dengan sopan dan santunnya amat menitik beratkan cara percakapan, pergaulan, cara hidup dan bermasyarakat yang jelas menggambarkan keluruhan budi perkerti yang tiada tolok bandingnya (Haryati, 2010). Selain itu, kita boleh mengkaji pantun-pantun lama yang membaca catatan sejarah yang amat bernilai. Bagaimanapun bahan-bahan ini (pantun) perlu diperbandingkan dengan catatan-cata tan sejarah untuk dipastikan kebenaran fakta yang terdapat di dalamnya (Zahir Ahmad, 2005).

Monday, 30 September 2013

Kesan Pengurusan Biodiversiti Yang Lemah Kepada Biosfera

Simmons (1982) mendefinisikan Biosfera sebagai permukaan bumi dan bahagian atmosfera yang paling bawah di mana organisma hidup. Selain itu, Biosfera ialah persekitaran organisma hidup, dibina oleh interaksi atmosfera-lautan, bumi dan persekitaran-permukaan bumi. (Bradshaw & Weaver 1992). Kesan pengurusan biodiversiti yang lemah telah menyebabkan Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan sebahagian besar kawasan hutan dan kawasan tanah rendah, termasuk masalah kawasan hutan yang berpecah bahagi. Pada tahun 2008, hanya 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah di Semenanjung Malaysia adalah kawasan hutan (Rancangan Fizikal Negara ke-2, 2010). Akibat kemusnahan hutan, banyak kawasan hutan yang mempunyai cerun curam menjadi kawasan berisiko geo-bencana dan mudah terdedah kepada kejadian tanah runtuh.
Lebih membimbangkankan lagi, laporan Rancangan Fizikal negara kedua itu menyatakan, Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan kawasan hutan yang ketara; daripada 9.5 juta hektar (1954) kepada 6 juta hektar (2000). Ini telah menyebabkan perubahan iklim di Malaysia. Kesan Perubahan Iklim di Malaysia terhadap biodiversiti adalah Risiko kebakaran hutan akan meningkat (terutamanya di kawasan tanah gambut) akibat kejadian kemarau yang berpanjangan. Risiko terhadap ekosistem semula jadi akan meningkat seperti fenomena kemusnahan batu karang. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem amat sukar untuk diramalkan disebabkan oleh proses ekologi yang kompleks. Kepupusan spesies-spesies tumbuhan dan haiwan yang sensitif terhadap perubahan cuaca mikro mungkin mudah berlaku.

Sunday, 29 September 2013

Punca-Punca Kepupusan Spesies Dalam Biodiversiti


Menurut laporan yang terkandung didalam Rancangan Fizikal Negara ke-2 (2010), Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia dengan kekayaan biodiversiti yang meliputi pelbagai jenis habitat hutan, habitat air tawar dan marin. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat sekitar 8,300 spesies tumbuhan vaskular, 229 spesies mamalia, 742 spesies burung, 1,031 spesies serangga dan 290 spesies ikan air tawar. Perairan tropika di Semenanjung Malaysia juga mempunyai rangkaian terumbu karang, tanah lumpur, paya bakau dan kawasan rumput laut yang luas, yang mengandungi spesies marin yang signifikan di peringkat global. Antara spesies terancam yang didapati adalah penyu hijau dengan populasi terbesar di dunia, penyu hawksbill, dugong dan ikan yu paus.

Banyak kajian yang telah dibuat mengenai punca-punca kemusnahan biodiversiti yang menyebakan kepupusan atau pengurangan jumlah spesis sesetengah jenis haiwan mahupun tumbuhan. Terdapat dua punca utama iaitu perbuatan manusia itu sendiri dan peningkatan suhu global. Perbuatan atau aktiviti manusia itu sendiri merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Penebangan Hutan, Pertanian dan Pembangunan.

Menceritakan bagaimana pembalakan telah menyebabkan kemusnahan biodiversiti adalah seperti yang terkandung dalam buku Surtahman kastin hasan dan Abd Ghafar Ismail (1997) yang bertajuk, Alam Sekitar : Permasalahan dan Pengawalan, mengulas tahun 1980, Semenanjung Malaysia mempunyai kawasan hutan seluas 16.9 juta ekar dan boleh dikatakan pada awal dekad ini sahaja separuh daripadanya telah pun ditebang. Pada tahun 1980 sahaja seluas 242 900 hektar hutan telah ditebang, walaupun pada tahun 1985, jumlah mi menunun kepada 176 000 hektar (Malaysia, 1986:348). Namun jumlah tersebut masih dianggap tinggi kerana ini bermakna kita telah kehilangan hutan rimba pada kadar 0.33 hektar per minit.

Menurut Surtahman kastin dan Abd Ghafar (1997), kegiatan pembalakan yang dijalankan dengan sewenang-wenangnya juga boleh menyebabkan bertambahnya tanah-tanah yang terdedah kepada hakisan. Kehilangan permukaan tanah boleh berlaku pada kadar setinggi 450 tan per hektar setiap tahun (SAM, 1983). Kehilangan pokok penutup bumi ini bukan sahaja mengurangkan kesuburan tanah untuk pertanian, bahkan juga boleh melemahkan keupayaan tanah tersebut untuk menakung air hujan dan akhirnya menyebabkan air sungai berlumpur, berkeladak dan berlakunya mendapan. Kurangnya keupayaan tanah untuk menadah air hujan akan mempercepatkan lebihan aliran air ke sungai yang boleh mengakibatkan banjir. Apabila banjir berlaku, makanan dan habitat haiwan musnah menyebabkan ada sesetengah haiwan mahupun tumbuhan gagal untuk bertahan dalam keadaan yang begitu. Kawasan bukit yang gondol juga akan menyebabkan pemanasan dunia seterusnya haiwan-haiwan yang terbiasa hidup dalam hutan akan lari dari hutan dan gagal menyesuaikan diri.

Aktiviti pertanian yang pesat secara tidak teratur dan terkawal pada hari ini seperti penanaman kelapa sawit dan pokok getah juga menjadi penyumbang kepada kemusnahan biodiversiti. Ini kerana pertanian yang hanya mengejar keuntungan menyebabkan hutan dan bukit di teres. Penerokaan kawasan-kawasan hutan seperti gambar 3, boleh memusnahkan atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawan yang luas untuk melakukan akitiviti-aktiviti hidup (Utusan Malaysia, 2003). Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera untuk tujuan pertaian menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah. Bahan-bahan buangan dan baja kimia yang digunakan oleh pertanian telah menyebabkan air sungai dan laut tercemar menyebabkan ekosistem air terancam.

Kerakusan dan ketamakkan sesetengah orang yang berburu binatang terancam secara haram juga penyumbang kepada kepupusan sesetegah spesies haiwan. Pemburuan haram berlaku akibat prmintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian, dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang terdapat di negara ini. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus di sebabkan oleh pencemaran air seperti tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut (Utusan Malaysia, 2003).

Namun biodiversiti juga boleh terancam akibat kenaikan suhu dunia secara semulajadi. Pada Jun 2007, Bank Dunia dalam laporan perubahan cuaca yang dikeluarkan sebelum Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara (G8) menyatakan peningkatan suhu global menyebabkan kemarau berpanjangan, hujan lebat luar biasa diikuti banjir dan ombak besar di kebanyakan negara. Walaupun tidak seteruk negara lain, Malaysia turut merasai kesan peningkatan suhu global seperti pada Mac 2007, kerajaan Selangor mengadakan catuan air di seluruh negeri berikutan (metro, 2009). Pembinaan empangan mempunyai pelbagai konflik dengan alam sekitar seperti ancaman kepupusan flora fauna dan persekitaran semulajadi walaupun pada masa yang sama mempunyai kesan positif seperti peningkatan taraf ekonomi penduduk dari tenaga yang dihasilkan atau perkembangan industri pelancongan (Maharam, 2009).

Aku Membebel..

Assalamualaikum.

Tadi aku menaip, sambil membebel. sapa suruh tiba-tiba je cakap cinta-cinta.
Padahal aku x kenal dia pun.
Ikuti perbualan kami..


Friday, 27 September 2013

Usaha-Usaha Kerajaan Untuk Mengekalkan Kepelbagaian Biodiversiti Di Malaysia.

Kekayaan Biodiversiti Malaysia menyebabkan dunia terlalu peka terhadap keadaan ekosistemnya. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu peka terhadap masalah atau pencemaran yang berlaku dalam dalam sekitar negara bagi menjaga dan mengekalkan keindahan biodiversitinya. Selainterlibat bagi pemuliharaan biodiversiti global sejak tahun 1992 melalui Konvensyen Kepelbagaian Biologi ( CDB ), pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk terus menjaga Biodiversiti Malaysia. Antara usaha kerajaan tersebut adalah meliputi peracangan jangka panjang, program pendidikan serta penguatkuasaan undang-undang tertentu.

Antara perancangan jangka panjang kerajaan terhadap hal ini adalah Rancangan Fizikal Negara kedua (RFN Ke-2) yang telah diamanahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. RFN ke-2 ini bermatlamat untuk membentuk satu rangka spatial negara yang efisien, saksama dan mampan untuk memandu pembangunan keseluruhan Negara ke arah mencapai tahap Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020. Matlamat ini digubal setelah mengambilkira beberapa isu dan cabaran yang memberi impak kepada perancangan fizikal seperti ancaman perubahan iklim, struktur bandar mampan atau 'Compact City', kemerosotan biodiversiti, geo-bencana, jaminan bekalan makanan dan penggunaan teknologi hijau (RFN Ke-2, 2010).

Biodiversiti merupakan antara aspek penting dalam rancangan ini kerana salah satu objektif RFN ke-2 adalah mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan mampan dan pemuliharaan biodiversiti. Menurut laporan RFN Ke-2, 2010, pembangunan mampan adalah "pembangunan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan peluang generasi akan datang untuk memenuhi kehendak mereka" (Laporan Bruntland1). Konsep terkini bagi pembangunan mampan mengambilkira elemen-elemen ekonomi dan sosial sebagai sub komponen kepada persekitaran pembangunan mampan. Ini bermakna, pembangunan mampan yang kerajaan harapkan bukan sahaja kita mampu melihat atau sesuatu yang berubah kepada lebih baik tetapi pembangunan ini masih melihat bagaimana biodiversiti dikekalkan.

Oleh itu, bagi memastikan perubahan pembangunan dapat dibuat disamping menjaga keharmonian biodiversiti, perancangan yang rapi perlu dibuat ketika menggunakan tanah untuk pembangunan. Menurut RFN ke2, objektif utama perancangan guna tanah adalah untuk menyumbang ke arah pencapaian pembangunan mampan. Sebahagian besar aktiviti pembangunan dijalankan di atas tanah, di mana bagi sebidang tanah yang sama, akan berlaku banyak persaingan untuk kegunaan yang berbeza. Sektor ekonomi, aktiviti sosial dan isu perlindungan alam sekitar saling bersaing untuk mendapatkan kawasan yang bersesuaian dan terhad. RFN Ke-2 bukan sahaja perlu memperuntukkan tanah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masa hadapan setiap sektor, tetapi harus juga peka terhadap pembahagian jumlah peruntukan tanah mengikut sektor, untuk mencapai penggunaan tanah yang mampan, efisien dan optimum, contohnya menetapkan kegunaan atau pembangunan di tempat dan masa yang bersesuaian. Pembaziran tanah, iaitu tanah terbiar dan tanah-tanah yang mempunyai produktiviti rendah bagi mana-mana sektor ekonomi perlu dielakkan (RFN Ke-2, 2010).

Oleh itu strategi yang berkesan diperlukan untuk merealisasikan pembangunan mampan yang diharapkan oleh kerajaan. RFN Ke-2 akan menyediakan strategi perancangan spatial untuk mempertingkatkan daya saing antarabangsa dan rangka kerja untuk mengukuhkan kesepaduan dan teras pembangunan negara. Laporan ini akan menyediakan dimensi spatial atau geografi ke dalam rancangan pembangunan yang lebih cenderung kepada aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Menurut laporan itu lagi, aspek spatial RFN Ke-2 akan memandu perancangan pembangunan negara yang lebih efisien bagi memastikan penggunaan sumber negara secara mampan dan efisien, terutamanya penggunaan modal dan sumber modal insan sedia ada yang optimum.

Selain daripada rancangan-rancagan yang terdapat dalam RFN ke-2, kerajaan terus menjaga biodiversitinya melalui Dasar Perhutanan Negara yang telah bermula pada tahun 1977 dan telah disahkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1978 (Pindaan 1992). Menurut laporan Malaysian Timber Council (2007) yang bertajuk Malaysia : Pengurusan Hutan Mampan, objektif-objektif utama Dasar Perhutanan Negara adalah bersifat serampang dua mata iaitu memelihara dan mengurus hutan-hutan negara berdasarkan prinsip pengurusan mampan di samping melindungi alam sekitar, memelihara kepelbagaian biodiversiti dan sumber-sumber genetik, serta mempertingkatkan penyelidikan dan pendidikan. Hutan merupakan antara medium penting dalam biodiversiti. Ini kerana, hutan merupakan habitat bagi kebanyakkan jenis flora dan fauna. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air hujan dan mampu mengawal suhu dunia. Oleh itu, amat perlu sekiranya penjagaan biodiversiti bermula dengan melindungi hutan.

Untuk memastikan Biodiversiti akan terus terjaga dan dikekalkan, kerajaan juga meneruskan usahanya melalui menguatkuasakan pelbagai undang-undang dan akta. Selain daripada Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Hutan Sabah 1968 dan Ordinan Hutan Sarawak 1954, undang-undang lain yang turut termaktub dalam pengurusan hutan secara mampan seperti ;

i. Akta Air 1920

ii. Akta Orang Asli 1954

iii. Akta Pemuliharaan Tanah 1960

iv. Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

v. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

vi. Akta Taman Negara 1980

vii. Ordinan Sungai Sarawak 1993

viii. Ordinan Air 1994 (Sarawak)

ix. Enakmen Sumber Air 1998 (Sabah)

x. Enakmen Biodiversiti 2000 (Sabah).


Menurut laporan Malaysian Timber Council (2007), Dasar Perhutanan Negara memperuntukkan Hutan Simpanan Kekal yang mencukupi dan terletak di kawasan-kawasan yang strategik di seluruh negara, berteraskan konsep penggunaan tanah yang rasional. Menurut laporan itu lagi, kawasan Hutan Simpanan Kekal ini diurus dan diklasifikasikan di bawah empat fungsi utama:

1) Hutan sebagai Perlindungan (Protection Forest), Untuk memastikan iklim dan persekitaran fizikal negara yang melindungi sumber air kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar, melindungi kepelbagaian biologi dan mengurangkan kerosakan sungai dan tanah pertanian akibat banjir dan hakisan.

2) Hutan sebagai Pengusahahasilan (Production Forest), Untuk mengekalkan bekalan pada kadar yang berpatutan bagi semua bentuk hasil hutan yang boleh dikeluarkan secara ekonomi untuk kegunaan domestik dan eksport.

3) Hutan sebagai Kemudahan (Amenity Forest), Untuk melindungi kawasan-kawasan hutan secara mencukupi bagi tujuan rekreasi, ekopelancongan dan kesedaran awam.

4) Hutan sebagai Penyelidikan dan Pendidikan (Research & Education Forest) Untuk menjalankan penyelidikan, pendidikan dan melindungi kepelbagaian biologi.


Selain daripada menjaga hutan, hidupan air seperti hidupan yang berasa didalam laut juga sebahagian daripada Biodiversiti. Kerajaan juga dilihat tidak mengabaikan penjaan laut dan hidupan marinnya. Sebagai bukti kepada kesungguhan Kerajaan dalam menguruskan wilayah kelautannya secara teratur, Malaysia telah melaksanakan pelbagai konvension lautan antarabangsa (Nazery Khali, 2009). Menurut Nazery Khalid (2009) lagi, Malaysia juga telah menggariskan beberapa dasar nasional bagi memelihara persekitaran perairan lautannya. Sebagai contoh, Dasar Alam Sekitar Kebangsaan menggariskan strategi komprehnsif bagi mencapai penggunaan dan pengeluaran sumber-sumber alam negara secara lestari.7 Malaysia juga mengambil bahagian di dalam pelbagai usaha komuniti antarabangsa dalam memelihara persekitaran maritim, contohnya melalui pengadaptasian Agenda 21 di Persidangan Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Agenda 21 merupakan pelan tindakan holistik yang wajar digerakkan di peringkat kebangsaan, antarabangsa dan global oleh organisasi di bawah sistem, kerajaan dan perkumpulan di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam apa jua aspek di mana ada kesan manusia terhadap alam sekitar (Nazery Khalid, 2009).

Seperti yang termaktub di dalam Dasar Alam Sekitar Kebangsaan, Malaysia mengambil langkah proaktif dalam isu-isu persekitaran serantau dan global dengan cara mematuhi kehendak-kehendak Agenda 21 di peringkat kebangsaan dan menyokong inisiatif antarabangsa dalam penerapan agenda tersebut (Nazery Khalid, 2009). Selain itu, Malaysia juga bergiat aktif di dalam inisiatif berciri maritim seperti Deklarasi Kerjasama Serantau Putrajaya untuk Strategi Pembangunan Lestari Kelautan Asia Tenggara (SDS-SEA), satu komitmen serantau bagi membangunkan sumber marin dan pesisir secara lestari.

Thursday, 26 September 2013

Kepentingan Biodiversiti Kepada Manusia.

Biodiversiti mempunyai nilai yang besar kepada manusia. Kepentingan biodiversiti bukan sahaja penting kepada kelangsungan hidup tetapi kepada perhubungan tindak balas antara flora dan fauna dengan manusia. Sejak zaman dahulu lagi, nenek moyang kita menggunakan alam semulajadi dengan kehidupan seharian seperti untuk tujuan sebgai makanan dan ubat kepada penyakit-penyakit tertentu. Menurut Siti Zubaidah, Norsuhana dan Fatan Hamamah (2012), berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sejumlah 80% dari 6 bilion penduduk dunia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan sebagai sumber perubatan dikenali yang sebagai zooterapi. Banyak pendapat mengenai nilai biodiversiti dalam dunia perubatan. Antaranya seperti Jaroli et al. (2010) yang mengatakan Bahan-bahan berasaskan haiwan dan tumbuhan bukan sahaja digunakan dalam perubatan tradisional, tetapi mempunyai nilai yang tinggi sebagai bahan mentah dalam penyediaan ubat-ubatan moden.

Berdasarkan laporan World Research Institute pada tahun 2000 melaporkan 150 jenis ubat-ubatan yang terdapat di Amerika Syarikat didapati, 27 daripadanya berasal dari sumber haiwan. Selain itu, terdapat sebanyak 252 bahan kimia penting telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu sebanyak 11% berasaskan tumbuhan dan 8.7% daripada haiwan untuk dijadikan sumber bahan perubatan (Marques, 1997). Pada masa kini juga, hampir 40% kandungan bahan ubat ubatan diekstrak semula jadi daripada haiwan, tumbuhan, fungi dan mikroorganisma (Wilson, 1995). Malah di kebanyakan negara Asia, haiwan telah digunakan dalam perubatan tradisional mereka (Bauer, 2009).

Selain daripada nilai yang tinggi sebagai bahan perubatan, Biodiversiti adalah penting bagi memastikan ekosistem kita dapat berfungsi dengan baik dan normal. Setiap komponen ekosistem adalah berhubung kait di antara satu sama lain, sama ada secara ringkas ataupun kompleks (Universiti Malaya, 2010). Ini bermakna, manusia memerlukan tumbuhan dan haiwan untuk terus menjaga kedamaian ekosistem. Kemusnahan atau kepupusan pada mana-mana spesis akan menyembakan ekosistem menjadi tidak stabil. Nilai biodiversiti adalah terlalu tinggi dan sukar untuk diukur. Diversiti fauna dan flora yang tinggi di Malaysia harus dipelihara dan dikekalkan. Kehilangan biodiversiti dan kemerosotan persekitaran akibat daripada pembangunan yang pesat dan tidak dikawal akan menghasilkan kesan yang negatif kepada negara dan masyarakat. Keseimbangan perlu wujud di antara pembangunan dan pemuliharaan biodiversiti.

Tambahan lagi, Biodiversiti memberi nilai yang cukup besar dalam pelancongan yang bersifat kajian ilmu dan perkongsian alam sekitar dengan manusia dari negara lain yang mempunyai suasana biodiversiti yang berbeza yang ditonjolkan di dalam karya-karya kesenian, perfileman dan kesusasteraan. Contohnya keunikan Bunga Reflesia Seperti gambar 1, yang tidak mampu dinikmati oleh negara-negara Eropah yang lain. Oleh itu, keunikan biodiversiti di Malaysia turut sama dinikmati oleh masyarakat lain dari seluruh dunia melalui lawatan mereka di negara kita. Lawatan daripada tarikan keunikan biodiversiti ini akan meningkatkan ekonomi negara melalui industri pelancongan.

Takziah buat semua keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

Assalamualaikum..

Salam Takziah buat semua keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak.
antara salah seorang Mujahid yang aku hormat adalah dia.
Walaupun aku ni bukan asal kedah,
tak perna rasa pun di pimpin di bawah beliau, tapi menurut sahabat dari negeri itu,
beliau seorang yang tegas dan bertanggugjawab.
Beliau juga seorang yang berpengetahuan luas tentang agama.
Itulah pemimpin yang perlu kita sokong.
Itulah pemimpin yang layak untuk memimpin.
Beliau bukan sahaja tahu berpolitik, berpendidikan tinggi, pengetahuan luas tentang undang-undang.
Dan yang paling penting, memiliki pengetahuan luas tentang Islam.
Perginya pasti di rasai.
Seorang lagi tokoh agama meninggalkan kita.
Semoga kita generasi muda tidak terus leka. Kautlah ilmu...
Jika tidak, jika mereka semua sudah tiada, apa akan jadi pada generasi akan datang.
Pemimpin yang baik bukan hanya tahu berkata-kata.
Kerana hidup kita bukan hanya untuk dunia tapi tempat ini hanya persinggahan.
Sedih melihat ada pula yang bersorak dengan pemergian beliau.
Hanya kerana berlainan politik kematian di raihkan.
Astagfirullah al adzim...
Siapa pun yang dia sokong, itu tak penting, yang penting dia saudara seislam kita.
Dia tokoh yang menyubang ilmu.

Ya Allah,

Semoga Ustaz Azizan tenang di sana.
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
Amin Ya Allah..

Wednesday, 25 September 2013

Jadilah seorang yang Pemaaf..


Assalamualaikum dan Salam hari yang indah..

Cukup indah bagi mereka yang selalu ingin bersyukur.
Walaupun makan nya tidak semewah yang lain.
Tidurnya tidak beralas tilam yang empuk.
Namun hari masih indah kerana tiada rasa lapar dan tidur masih lena.
Makan dan tidur.. tanda kepuasan.
Namun bukan itu yang aku nak kongsi.
Tapi sebaliknya tentang sifat Pemaaf.

Jadilah seorang yang pemaaf.

Kenapa bila seseorang buat kesalahan, dia takut nak ngaku..?
antara sebab utamanya adalah,
rasa khuatir dan was-was adakah orang mahu memaafkan dia.
Maka, kesalahan akan cuba di tapuk (disembunyikan) dengan sebaik mungkin.
Sehingga kadang-kadang berasa sedap untuk terus melakukan dosa.
Takut pada manusia,
lupa yang mengazab itu adalah Allah..
Salah letak rasa takut!.
Oleh itu, keadaan itu sebenarnya mampu di ubah apabila orang cuba...
menanam sifat pemaaf.
Memang memaafkan itu susah. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan maruah.
Namun sebenarnya banyak hikmah apabila kita memaafkan.
Mungkin orang yang melakukan salah itu akan tersedar.
lama-lama sedar... mungkin.
Harap-haraplah sedarlah kan.

Sifat pemaaf itu antara sifat yang tergolong dalam akhlak mulia.
Namun, ada ramai orang mampu memaafkan.
Tapi sukar melupakan.
Mungkin kita pernah berkata begini..
"Aku akan maafkan dia, tapi aku tak kan lupakan apa yang berlaku sampai mati!"
Adakah benar kita telah memaafkan jika berkata begitu ?.
Bukankah itu seperti berdendam ?.
Memaafkan dan melupakan adalah dua cabang berbeza, namun amat di tuntut.
Itu adalah akhlak mulia.
Bukankah seorang muslim yang baik itu mesti menjaga akhlaknya?.
Allah juga menyuruh kita menjadi seorang yang pemaaf.
Jika Allah menyuruh dan kita buat, maka itu adalah ibadah.

Seperti Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 22 yang bermaksud :

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Jadi, Seharusnya kita mencuba belajar atau lebih tepat,
menjadi seorang yang pemaaf.
Mungkin hari ini orang lain yang buat salah.
Mana tahu besok atau mungkin sejam kemudian, kita pula yang bersalah.
Jika kita liat untuk mengampunkan,
nanti kita mungkin berat untuk bertaubat kerana berasa orang lain lagi banyak dosa.
Memanglah bercakap itu mudah.
Semudah merembes air liur.
Tapi bila kena pada diri sendiri, memang berat nak maafkan.
Tapi, janganlah asyik fikir tentang sakitnya hati dengan apa yang berlaku.
Fikirlah, jika kita memaafkan, mungkin orang lain tidak merasa apa kita rasa.
Mungkin...
Cubalah berusaha menasihati orang lain dengan kelembutan.
Bukan hanya membenci dan menyimpan dendam.
Percayalah, orang memaafkan lebih mulia dari orang yang meminta maaf.
Rezeki pada kita pasti jadi lebih mudah
Perasaan pun tenang tanpa benci.
Tidur pun lena tanpa memikirkan kebencian.
Banyak hikmah menjadi pemaaf.

Oleh itu sahabat semua..
Andai diriku menyakitimu zahir dan batin,
maafkanlah aku..
Dan aku akan berusaha jadi sahabat yang terbaik.
Ukhuwah Fillah.. InsyaAllah..




Thursday, 19 September 2013

Rugi kah ada Ijazah Tapi Penganggur?

Assalamualaikum dan Salam malam yang indah...

saya ada ijazah. tapi saya tak da pekerjaan tetap lagi. 
orang kata "ruginya belajar tinggi-tinggi, sudahnya duduk rumah saja"
Tapi, saya tetap rasa tak rugi walaupun saya habiskan masa muda saya dengan blajar. 
Walaupun duit habis beribu-ribu ringgit. 
Kerana sy belajar bukan hanya untuk dapat kerja yang baik. 
Tapi sebab sebagai tuntutan islam untuk menuntut ilmu. 
Ilmu kena seimbang antara ilmu dunia dengan akhirat. 
Kerana kita hidup di dunia kita tak tahu berapa lama. 
Kalau tak ada ilmu dunia nanti kita ketinggalan. 
Hidup dalam kejahilan.
Di samping itu ilmu akhirat di kumpul untuk bekalan di sana pula.
Ilmu bukan hanya diperoleh dengan membaca buku yang tebal 
mahupun dengan mendengar omelan pensyarah di bilik kuliah,
tetapi juga melalui pengalaman hidup. 
Jadi sesiapa yang ada ijazah, mahupun yang lebih tinggi, janganlah berasa bongkak 
kerana bezanya mahasiswa dengan mereka yang tidak belajar lebih tinggi hanyalah sehelai kertas 
dan mungkin orang yang belajar dari pengalaman jauh lebih tinggi 
dan luas pengetahuannya daripada apa yang tercatat pada sehelai kertas itu. 
Contohnya atok nenek kita, 
pengalaman hidup mereka sangat hebat 
sehingga kita rasa seronok mendengar nasihat dan cerita mereka.
Tuntutlah ilmu yang berguna dengan cara apa pun. 
Ikhlaslah dengan apa yang di tuntut dan janganlah hanya memikirkan imbuhannya. 
Rezeki itu dari Allah. 
Bersangka baik lah dengan ketentuannya. 
Menuntut ilmu itu juga adalah suatu ibadah. 
Mana mungkin Allah sia-sia kan usaha kita jika kita ikhlas. 
Kenapa mesti fikir apa yang kita tidak ada sedangkan yang kita ada pun sudah cukup banyak.

Alhamdulillah. Ucaplah. bukan susah pun

Saturday, 14 September 2013

Perasaan di Fitnah.

Assalamualaikum

salam hari yang bahagia...

Namun hari ku terasa kurang bahagia, kerana perasaan yang bercampur baur.
Aku dapat berita hangat dari anak sepupu ku tentang sesuatu yang kurang enak.
sangat tidak enak.
Tak sedap!
sedih pun ada...
Tak suka!!!!...

Dia memulakan cerita.
"aku dapat dengar cerita yang kau jumpa seorang lelaki"

aku pun dengan kening berkerut bertanya,

"lelaki mana?". "siapa?" "di mana?."

soalan tidak putus-putus kerana keliru..

dia memulakan cerita,

"ada seorang makcik, dia tanya kau ada boyfriend tak, sebab dia nampak kau sedang menunggu di hadapan rumah di tepi pantai, kemudian datang seorang lelaki dan kau pergi bersama dia".

"bila dia nampak?" aku bertanya sambil mengingati kejadian yang ada. Mungkin lelaki itu saudara mara ku tetapi seingat aku, aku sudah lama tidak keluar dengan orang lain melainkan baba dan adik lelaki ku. Dan kami tidak perna ke tepi pantai bersama. buat masa terdekat ini.

"mereka nampak kamu berdua agak mesra". dia menambah. Hati ku terbakar. Rasa hinanya diri ini di tuduh begitu.

Tapi apa guna aku ingin marah jika aku tidak berbuat begitu.

Tapi jika hal itu tersebar tanpa bertanya kepada aku, mungkin aku akan mendapat malu.

macam-macam yang berlegar di atas kepala ku.

Walaupun aku bukan lah gadis yang sempurna imannya, tetapi aku masih tahu menjaga batas.
Maruah ku bukan miliki seorang tapi milik baba. kerana dia wali ku.
Juga milik mama, kerana dia melahirkan ku..

jika aku cemarkan, sama lah seperti aku membaling tahi di muka baba dan mama.

sampai hati mereka membuat cerita yang sungguh hina begitu

kalau aku tahu siapa yang mula menyebarkan fitnah, aku nak tanya dia bila dia nampak, siapa lelaki itu dan aku buat apa dengan dia sehingga di katakan mesra. sehingga aku sanggup berjumpa secara sembunyi dengan nya di pantai.

Patut lah memfitnah itu lebih besar dari membunuh, kerana sakitnya hati memberi luka tanpa darah..

Friday, 13 September 2013

Konsep Halaqah dan Pengisian

Assalamualaikum dan Salam hari yang bahagia..

Seorang sahabat saya telah bertanya kepada saya tentang, apakah bentuk pengisian yang patut ada dalam konsep halaqah..?. hmmmm...


Berdasarkan apa yang saya faham dan perkongsian dengan sahabat-sahabat usrah yang lain, 
kita faham bahawa konsep halaqah itu sendiri merupakan konsep dalam kumpulan kecil. 
Tidak kira lah kumpulan itu wujud kerana apa. contohnya sebuah keluarga. 
kumpulan kecil keluarga itu juga di kira halaqah. 
Dan konsep halaqah boleh di terapkan dalam keluarga itu sendiri.
kumpulan nasyid juga di kira halaqah. 
kumpulan usrah juga di kira halaqah. 
Dan pastinya setiap kumpulan kecil itu perlu ada pengisian di dalam nya. 
kalau tidak, kenapa kumpulan itu wujud kan?. 
kalau saja-saja wujud itu maknanya kumpulan yang tidak ada tujuan.
Pengisian tebaik yang perlu ada dalam halaqah itu adalah lebih baik yang berkaitan agama. 
Tapi bila sebut agama, jangan pandang hal yang hanya melibatkan solat, 
atau yang terhad tetapi sebenarnya luas, perbincangan tentang perniagaan, 
politik, isu-isu semasa, masalah remaja, hal-hal masalah atau keperluan sesama saudara islam, 
berbincang mengenai masalah ahli halaqah itu sendiri 
dan banyak cabang lagi dan semua cabang itu perlu di kaitkan dengan agama kerana jika kita buat sesuatu tidak berlandaskan islam, macam-macam boleh jadi.

Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah.” (Al-Maidah, 5:2)

Berdasarkan ayat di atas pun jelas kepada kita,
Allah menyuruh kita saling tolong menolong. 
Maksudnya bila 'saling' maknanya antara 1 orang dengan yang lain.
Dan bila lebih dari seorang itu sudah di kira kumpulan kecil, iaitu konsep halaqah.
Saya harap, ada yang sudi berkongsi dengan saya mengenai konsep ini.
saling tegur menegur..

Thursday, 12 September 2013

TIPS NAK BANGUN SOLAT SUBUH.

TIPS NAK BANGUN SOLAT SUBUH.

1. TIDUR AWAL
2. PASANG ALARM
3. JIKA TERASA NGANTUK. BERI SOALAN KEPADA MATA

"nak tengok syurga atau setakat tengok mimpi?"
4. KEMUDIAN SOAL HATI.

"sayang Allah nak jumpa Allah atau sayang mimpi nak jumpa mimpi?"

orang yang punya iman, akan malu untuk berkata, Mimpi itu lagi indah dari syurga dan menyayangi mimpi itu lagi indah dari berjumpa Allah.

semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yang menjaga solatnya

Sunday, 1 September 2013

Aku bukan sombong

Assalamualaikum dan salam hari yang indah.

Hari ini buka facebook. Ramai sangat yang inbox. 
Sahabat-sahabat baru..
Tapi ada juga perkara yang kurang senang dalam hati aku.
Jika perempuan tak letak gambar, di kata sombong, fake akaun dan macam-macam lah.
Jika letak, walaupun berniqab di kata menggoda. Ada saja yang tidak kena. 
ada yang meminta gambar aku di inbox. maaflah, bukan niat nak sombong. 
Tapi menjaga batas itu lebih baik. cukup lah berkawan. ada pula yg berkata nak jadikan isteri. sebelum berkata atau berniat begitu, kamu dah buat istikharah ka? atau dah niat kerana Allah ?. 
Jika belum, kenapa mudahnya memasang niat begitu. lebih-lebih lagi pada perempuan yang kamu tidak kenal. sebelum apa-apa, istikharah dahulu. 
jika hati tenang utk niat begitu, teruskan. Tapi bukan dgn cara kata berniat tapi skadar nak tengok sedap di pandang atau tidak. ingat,dalam islam, niat tidak menghalalkan cara. 
Apatah lagi berkata perkara yang besar seperti perkahwinan.

Aku bukan sombong...

Takut kah kita ?

scroll down home fb...

Tiba-tiba nampak org post gambar pocong. 
Terus berlari hidupkan lampu. 
tengok! bertapa penakutnya aku. 
aku takut hantu, terus berlari hidupkan lampu. 
Tapi berapa ramai yang mengaku takutkan Allah, 
tapi bila Allah panggil solat saat azan berkumandang. 
Tak ramai yang terus berlari ambik wudu' untuk solat. 
Jadi, adakah kita lebih takutkan benda lain daripada Allah?. 
Aku takutkan Allah walaupun aku kerap melambatkan suruhan-Nya. 
Lalainya aku.... tapi....
Kerana aku tahu, Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. 
walaupun aku terlambat sedikit, aku tahu, Allah tetap menjadi yang maha pengasih dan maha penyayang.
Jadi, kalau dah tahu Allah itu maha pengasih, kita tak boleh lah nak terus jadi manja. 
Buat ibadah lambat-lambat. 
Kita sepatutya membalas Nya dengan ketaatan dengan penuh rasa kehambaan terhadap Allah.

Allahu Akbar... CintaMu bergitu mendamaikan hatiku. 

Saturday, 31 August 2013

Saudaraku mesir....



Menitis air mata melihat anak-anak kecil yang dibunuh. 
wanita lemah di noda. besarnya dugaan mereka. 
Di hadapan mereka ada kereta kebal yang bakal membunuh mereka. 
Tetapi takbir masih diangkat. menunaikan kewajiban. 
Sedangkan bila kita dalam keadaan aman, baru sakit kepala, solat sudah di tinggalkan. 
Benar lah yang Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuannya. 
Allah tahu hamba nya mampu menempuh dugaan itu. 
Sebab itu kalian mampu menempuhnya.
Saudara yang kuat mempertahankan agama kita.
Usahlah kasihan pada mereka yang telah gugur, kerana urusan dunia mereka telah selesai. 
Allah akan memberikan mereka sesuatu yang terbaik. 
Kasihan lah pada mereka yang masih hidup. 
kerana mungkin saat ini mereka sedang lapar atau menahan kesakitan. 
Maafkan aku sebab tidak mampu membantu dengan tenaga. 
Semoga doa mampu memberikan sedikit rasa aman dalam jiwa saudara semua.

Saturday, 13 July 2013

Menanti Kehadiran Zuriat

Assalamulaikum dan salam hari yang indah.


Terasa sedih bila kakak aku kata, kalau solat, doakan dia cepat dapat anak.
Telah tiga tahun mereka menanti. Namun kehadiran di kecil masih belum kunjung tiba.
Mungkin belum rezeki.
Atau mungkin Allah tahu belum tiba masa yang sesuai..
Anak itu anugerah dari Allah. 
kadang-kadang ada yang dapat cepat. kadang-kadang ada yang dapat lambat. 
Ada yag baru sebulan kawin dah masuk wad bersalin, yang tu pun unik juga.
Bertaubatlah bagi mereka yang begitu..
Allah bukan saja-saja bagi lambat atau cepat, 
tapi DIA mengatur sesuatu perkara itu dengan sebaik-baik pengaturan. 
Kita selalu berfikir, kita bersedia untuk dapatkan nya. 
Maka kita berusaha sebaik mungkin sehingga kadang-kadang kerap berasa hampa dengan hasilnya, 
rupanya kita tidak tahu yang sebenarnya Allah tahu, 
kita masih belum bersedia untuk dapatkannya, 
mungkin kerana fizikal atau kesihatan dalam yang kita tidak mampu lihat. 
Maka, kita di suruh berusaha untuk perbaiki sesuatu yang 'terlindung' itu.

Sempena bulan Ramadhan ni, doa sangat mustajab, doalah puas-puas nak apa. doa tiap hari dan tiap masa. Jadi tak payah lah berdoa kat facebook sebab Allah takda akaun facebook. Allah itu maha mengetahui, jadi ambil tikar sejadah, bentangkan dan solat. tak payah ambil laptop dan taip doa...
kalau malas sangat pun, duduk tepi tangga, tadah tangan dan doa pun dan sampai dah kat Allah, tak payah guna kredit atau talian internet. Tuhan itu pemegang hati-hati manusia.

Semoga kakak dan abang ipar cepat dapat zuriat..

Thursday, 4 July 2013

Tiba-tiba Baba ajak Fly. hmmmmm....

Assalamualaikum dan Salam hari yang Bahagia.

Awal pagi lagi baba panggil. Ketuk-ketuk pintu.
Awal lah sangat kan. Tengok telefon jam 10 pagi (kurang lebih)

Dengan muka yang baru bangun tidur. aku bukan pintu.
Tanya baba.. "kenapa ?". Sambil gosok-gosok mata.
Begitu lah hari seorang penganggur yang kebosanan.
Tapi sebenarnya aku bukan kuat tidur okey..
Semalam aku tak tidur. aku sibuk buat Proposal.
Orang upah aku.

Baba kata, "tolong tengok tiket ke Kuching, tengok kalau ada flight petang".
Aku tanya, "Tiket untuk bulan berapa?".
Abah, "besok". aku pun "aahhhh??? besok????"
Abah pun bercakap sambil berjalan turun ke bawah, " yalah, besok. kalau ada, bagitahu".


Sambil buka laptop, otak ku cuba mencerna.. kenapa terburu-buru nak pergi besok ???

Sunday, 23 June 2013

Menjaga Firdaus dan Ilham

Hari ini ada dua orang budak nakal dalam rumah kami.
Sepupu kami yang nakal bernama Firdaus dan Ilham.
Firdaus berumur 4 tahun manakala Ilham berumur 3 tahun.
Atas sebab urusan kerja, Makcik (tangah ida) dan Pakcik
iaitu mak dan abah kepada dua orang budak tu,
terpaksa meninggalkan mereka kepada kami.
Maklumlah kakak-kakaknya masih sekolah jadi tak dapat jaga.
Firdaus lebih manja berbanding Ilham.
Ilham budaknya agak gasak dan jajal (nakal)
Tapi sepanjang beberapa hari ni, Ilham sampai demam tunggu mak dia.
Kesian..
Jadi untuk hiburkan hati, kakakku (kak ana) dan abang ipar (abang didi),
pergi ajak diorang main-main tepi pantai.
Kawasan kegemaran mereka adalah dataran bengkoka.

Tapi rasanya kami hanya mampu hiburkan hati si Ilham.
Ilham walaupun rindu dengan mak dia, tapi kita ajak main,
dia dah boleh lupa. Sekurang-kurangnya sebentar.
Tapi Firdaus ni, asyik termenung saja..


Muka Firdaus macam orang putus cinta.
Termenung sana, termenung sini.
Ajak duduk di tembok pun dia tiarap tongkat dagu.
Kesian jugalah... tapi apa nak buat. Mak dan abahnya pun tak mahu tinggalkan anak kalau bukan sebab urusan kerja.



Ini pula Ilham.muka baru lepas sembuh dari demam.
Tapi setelah keluar main tepi pantai, dia sudah mampu tunjuk simbol ibu jari. Tanda Best! Terserlah kenakalannya. Walaupun demam yang penting main. Tapi yang payahnya satu ja. Dia payah di paksa makan. Tidur pun gasak, kesian abangnya kena tendang. Pagi-pagi pun dia tidur kaki sebelah atas kepala bapaku. Tapi, tak pa lah, dua-dua tidur tak sedar diri.


Rumah kami kalau tanpa budak-budak memang sunyi.
Adanya diorang rasa rumah meriah sikit.
Pagi-pagi lagi dah bergusti dengan abangnya.
Kalau musim sekolah, rumah meriah waktu pagi saja.
Meriah sebab anak-anak jagaan mama ku.

Kami masih dalam penantian.. Kak Ana dan Abang Didi belum ada rezeki untuk menimang anak.Jadi maknanya kami belum ada peluang jadi pak ngah, mak lang, pak uda dan ucu. Mungkin kami perlu tunggu abangku (abg Ady) pula yang merealisasikan impian mama dan baba menjadi atok dan nenek

Thursday, 30 May 2013

SEKOLAH BESTARI

Menjelang tahun 2020, sejajar dengan Wawasan 2020, Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri iaitu yang seimbang dari segi kemajuan ekonomi, politik, sosial, kerohanian serta kebudayaan. Untuk mencapai kemajuan dalam semua aspek ini, bidang pendidikan antara bidang yang perlu bertungkus lumus memajukan dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan modal insan. Modal insan yang cekap dilahirkan daripada pelajar-pelajar yang berkualiti berdasarkan medium pengajaran yang sesuai seperti penggunaan medium teknologi maklumat (IT) . Medium IT memerlukan kita berkemahiran dalam penggunaan komputer dan internet. Penggunaan komputer membantu guru-guru menyampaikan ilmu dan melaksanakan proses pembelajaran dengan cara yang lebih kreatif, mudah dan tidak membosankan. Penggunaan medium internet pula memudahkan pelajar mendapat ilmu dengan lebih luas dan tanpa sempadan biarpun mereka berada di ceruk kampung. Menurut Abd. Rahim (2005), globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya.

Oleh itu, pada tahun 1999, sejajar dengan peningkatan permintaan yang memerlukan penerapan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem pendidikan Sekolah Bestari. Dalam sistem pendidikan Sekolah Bestari, semua aspek dalam sekolah tersebut termasuklah aspek pentadbiran, pengurusan, membelajaran dan pengajaran kesemuanya berpandukan penggunaan ICT. Segala kemudahan dan kelengkapan diberikan kepada sekolah tersebut. Selain itu, melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pendidikan Malaysia turut melancarkan teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bermula pada masa itu juga, kemudahan dan kelengkapan seperti makmal komputer, peralatan komputer, projektor LCD dan internet diberikan secara berperingkat
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat ( Portal KPM, capaian 2013). Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT (btpnperlis,2011). Menurut edidik.com (2010), Sekolah Bestari adalah suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.



Terdapat beberapa ciri penting yang membezakan Sekolah Bestari dengan sekolah harian biasa. Antara ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut :-

  1.  Semua murid mampu dan dapat belajar.
  2. Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan.
  3. Iklim pembelajaran yang kondusif
  4. Penilaian berterusan
  5. Pentadbiran dan guru profesional
  6.  Sokongan ibubapa dan komuniti.


Konsep Sekolah Bestari

Seperti yang telah didefinisikan di dalam Kamus Dewan Edisi keempat, bestari adalah bermaksud segak, pintar, bijak, pantas serta berkelas tinggi. Oleh itu, sesuai dengan makna bestari, konsep Sekolah Bestari juga perlu memenuhi maksud bestari itu sendiri dengan cara menyediakan medium pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai. Beberapa usaha telah dilaksanakan bagi menjadikan sesebuah sekolah memenuhi konsep Sekolah Bestari. Antara usaha tesebut adalah, mengubah budaya P&P daripada tradisional kepada yang berteraskan ICT, Sistem pengurusan yang lebih profesional, mengamalkan sistem penaksiran dan penilaian secara berterusan dan holistik serta mencukupi keperluan teknologi multimedia sepesti prasarana ICT, makmal komputer, tenaga kepakaran dan tenaga kerja (Adenan, Mohd Ra’in, Tuan Jah, 2012)

Menurut PelanPembangunan Pendidikan Malaysia tersebut lagi, kementerian terus dengan matlamat untuk melayakkan semua sekolah mencapai taraf “Sekolah Bestari” iaitu mencapai standard minimum penggunaan ICT, keupayaan guru, kesediaan infrastruktur dan aplikasi ICT. Kementerian mengambil prinsip berikut sebagai panduan untuk membangunkan strategi ICTnya:

(i) Memastikan keperluan asas disediakan seperti peralatan, jaringan dan aplikasi ICT, kompetensi guru dalam ICT, serta kurikulum dan pentaksiran mesti dimantapkan sebelum beralih kepada penggunaan ICT yang lebih tekal dan inovatif;

(ii) Membangunkan strategi seterusnya daripada asas yang telah disediakan. Contohnya, Kementerian akan memastikan bahawa semua inisiatif ICT masa depan akan ditingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan 1BestariNet

(iii) Melabur dalam penyelesaian ICT untuk kumpulan berkeperluan khusus terutamanya di sekolah luar Bandar, sekolah kurang murid, dan murid pintar cerdas.

(iv) Bergantung pada pentaksiran berasaskan outcome. Pentaksiran ini bertujuan sebagai bukti bagi kejayaan program. Tindakan ini memerlukan penambahbaikan dalam set pengukuran sedia ada seperti Smart School Qualification Standard (SSQS), selaras dengan standard antarabangsa sedia ada

Sekolah Bestari diwujudkan bertujuan melahirkan pelajar yang holistik, berupaya berfikir secara bijak dan saksama (Adenan et al, 2012). Sekolah Bestari juga adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat. Oleh yang demikian, objektif Sekolah Bestari adalah seperti berikut :-

(i) Menjadikan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi

(ii) Membangunkan intelek rohani, emosi dan jasmani pelajar.

(iii) Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu.

(iv) Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

(v) Mendemokrasikan pendidikan.


Komponen teras pedagogi bestari adalah merangkumi teori pembelajaran, kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, strategi pengajaran dan jenis pembelajaran (Adenan et al, 2012). Elemen-elemen bestari yang perlu diintegrasikan sewaktu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah meliputi gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai kompetensi kecerdasan emosi, pendekatan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan kemahiran generik. Merancang Pengurusan Kurikulum yang berintegrasikan elemen bestari. Guru perlu mengenalpasti spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang akan diajar di sekolah. Perancangan dan penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk jangka panjang dan jangka Pendek adalah amat digalakkan supaya aktiviti yang dibuat lebih teratur. Perancangan yang lebih teratur akan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar secara kendiri, dan membolehkan guru melaksanakan peranan sebagai fasilitator. Antara elemen bestari yang perlu di ambil perhatian adalah kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta kemahiran fasilitator.

Hasil tinjauan terhadap beberapa sekolah yang telah dipilih, kebanyakan guru menyokong konsep Sekolah Bestari. Ramai guru berpendapat, penggunaan ICT dalam proses P&P memudahkan kerja mereka terutamanya mencari maklumat pembelajaran melalui internet. Sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru. Secara ringkasnya, penggunaan ICT mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan dan meningkatkan motivasi guru dan pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri. Selain itu, ianya juga membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dan embolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Thursday, 16 May 2013

Selamat hari-hari

Assalamulaikum..

Tak ada benda nak cerita hari ini, cuma nak share 1 kad yang kawan aku tag kat facebook.

Geng karas aku. Kuntum, tag 1 kad hasil tanya tangkai.

aku tak perna cakap perkataan ni kat diorang.
Tapi sebenarnya aku rindu sangat kat diorang ( Kuntum, Tangkai dan Jering ).

Kegilaan kami.
kadang-kadang bermasam muka.
kadang-kadang gusi tak kering akibat tempias ketawa.


ini lah kad nya..

comel sangat


Selamat hari-hari juga kat kamu semua. 
semoga kita sama-sama capai kejayaan.

Friday, 12 April 2013

50 tahun usia bonda

Sudah 50 tahun usia bonda...


Pertama sekali kalau ucapan hari lahir ni,
mestilah ucapan "Selamat hari jadi" kan..

Hari ini 12 April 2013, gebablah usia mama yang ke 50 tahun.

ALHAMDULILLAH.

Di usia senja ini, dia masih kuat dan sihat. Walaupun mama ada sakit tekanan darah tinggi.
Ramai yang jeles juga aku ada mak yang macam tu. Baik dan cantik.
Dalam usia begini, rambutkan masih hitam berkilat.
Tidak beruban.
Selalu gaduh dengan mama. Sebab dia suka suruh aku cabut uban.
Tapi sebab susah nak cari, aku pun malas.
Aku memang anak yang pemalas.

Malam sebelum 12 april iaitu 11 april 2013, aku SMS cikgu aku.
Cikgu aku tu ada kedai kek bersama isterinya. Sedap sangat.
Jadi, aku ambil keputusan untuk menempah sebuah kek untuk mama.

Pagi-paginya (12 April 2013), kek sampai (abang ipar aku ambil dari kedai)

reaksi yang aku dapat dari mama aku cuma muka yang marah.

"kenapa beli kek!. buat malu saja tua-tua pun sambut hari jadi!".

kecil hati juga dengan balasan yang aku dapat. aku niat nak buat mama gembira.
Tak lama lepas tu, baba sampai dari pasar ikan.
Baba tarik tangan mama. Dia kata, "Jom tiup lilin"

Baru nampak senyuman di wajah mama.

Tapi aku dah kecik hati...

Tak lama lepas tu mama nak suap kek. Aku pun hairan kenapa dia nak suap kek.
Mesti kes nak pujuk lah tu.
Sebenarnya, aku tahu mama aku happy aku buat begitu.
Cuma dia dah pesan, jangan membazir duit.
Itu duit hasil upah orang suruh aku buat assignment.
Mesti mama kesian dengan aku. sebab itu dia buat-buat marah.

Itu lah seorang ibu. Dia sanggup tutup kegembiraan dia, demi untuk anak-anaknya.

Selamat hari lahir mak.

ini kek untuk mak yang ke 50 tahun.